Najib beri notis 3 hari lawat Dun Kukup hari ini

Najib beri notis 3 hari lawat Dun Kukup hari ini

Suhaizan Kaiyat

Sebelum ini menteri besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendakwa tsunami Melayu di negeri ini yang dikatakan oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai tidak benar.

Bagaimanapun kehadiran mengejut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kukup menggambarkan kegusaran Umno terhadap tsunami Melayu di barat daya Johor, kata naib pengerusi AMANAH Johor, Suhaizan Kaiat.

“Najib hanya memberi notis 3 hari untuk hadir. Mengapa Najib terpaksa datang secara mengejut di Kukup?

“Jika tidak berlaku gelombang mengapa Khalid Nordin dilihat seperti gelabah dan terpaksa mengadakan pelbagai aktiviti termasuk memanggil Najib berkempen di Johor.

“Ternyata Khalid dan Barisan Nasional (BN) Johor dalam keadaan panik apabila mereka mengetahui gelombang perubahan rakyat semakin memuncak hari ini,” ujar Suhaizan.

Datuk Seri Mohd Najib  Razak dijadualkan hadir ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun ) Kukup pada hari ini.

Menurut Suhaizan perkara yang berlaku di Dun Kukup ini adalah gambaran bahawa perubahan rakyat itu sedang berlaku dan ia menggugat kedudukan kerusi yang selama ini dimenangi oleh BN Johor.

4.8
OVERALL SCORE
: 7.0
3 user votes x 4.0
CATEGORIES
TAGS