Mat Taib sertai semula Umno

Mat Taib umum sertai Umno hari ini.

Bekas menteri besarr Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib mengumumkan penyertaannya semula ke dalam Umno kerana yakin hanya Umno yang perjuangkan Melayu.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media bersama Datuk Seri Najib Razak dan lain-lain pimpinan Umno hari ini.

Hanya media pro kerajaan sahaja yang dibenarkan membuat liputan sidang media ini sedangkan semua portal berita utama dilarang masuk.

Live melalui TV dan facebooknya juga tidak ada.

Spekulasi awal bahawa Najib akan membubarkan parlimen hari ini ditolak oleh timbalan beliau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika bercakap dalam sidang media itu, Mat Taib berkata, beliau menyertai Umno kerana mahukan perjuangan Melayu.

“Dalam mesyuarat yang saya hadiri, tiada perbincangan agenda Melayu. Oleh itu, saya rasa kita tiada jalan lain kecuali parti Umno.

“Saya buat keputusan ini setelah 5 tahun kerana melihat keadaan di sebelah sana. Saya rasa perjuangan saya sia-sia sahaja,” kata bekas MB Selangor itu yang menyertai Pas selepas meninggalkan Umno.

Dua tahun lalu beliau mengumumkan penyertaannya ke dalam PKR.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana sedia menerima beliau kembali.

Dalam reaksi segera melalui twitter, MB Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ‘Sau kaw po ji’ (surat khabar lama).

Penganalisis politik pula berkata, sidang media ini amat mengecewakan kerana penyertaan Mat Taib tidak padan dengan sidang media khas.

“Tidak padan dengan sidang media khas,” kata Hisomuddin Bakar kepada Malaysia Dateline.

CATEGORIES
TAGS