Malaysia Dateline

Najib dan Mahathir kali kedua mengundi 19 November ini

Pasangan kembar tidak seiras berusia 27 tahun, Najib dan Mahathir antara 20,905,366 pengundi biasa yang bakal keluar mengundi pada 19 November ini.

Kedua-dua anak Nor Kaferi Ahmad, 59, yang dilahirkan pada 1995 itu tidak akan melepaskan peluang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami juga tidak akan lepaskan peluang untuk mengundi dan PRU kali ini adalah kali kedua kami berbuat demikian,” dipetik BH.

Gara-gara memiliki nama sama dengan dua ahli politik popular mereka sering menjadi usikan ahli keluarga dan orang ramai termasuk doktor.

Najib berkata, ketika PRU menjelang, dia menerima banyak usikan rakan tetapi beranggapan ia normal dan tidak mengambil hati.

Katanya, jika bertemu jodoh, dua beradik yang bekerja dalam industri minyak dan gas (O&G) itu sepakat untuk mengadakan majlis perkahwinan bersama.

Najib dan Mahathir antara 21,173,638 pemilih pada PRU15 yang menelan peruntukan RM1.01 bilion.

Baca juga Kapal bocor di lautan bergelora: Ada bertungkus lumus, ada yang tidak endah apa yang berlaku

Baca juga Anwar berhenti tidak sampai sehari bekerja, Najib dan Mahathir kemudiannya ceburi O&G