Najib dan Rosmah beri keterangan lagi di SPRM hari ini

Najib dan Rosmah  beri keterangan lagi di SPRM hari ini

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dilihat meninggalkan bangunan Menara KPJ di sini yang menempatkan Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia, tengah hari ini.

Anggota Parlimen Pekan itu tiba di bangunan berkenaan pada 9.40 pagi tadidipercayai untuk memberi keterangan buat kali keempat berhubung siasatan kes 1MalaysiaDevelopment Berhad (1MDB).

Najib meninggalkan bangunan itu kira-kira 1 tengah hari.

Beliau bagaimanapun tidak menggunakan pintu utama ketika memasuki dan meninggalkan premis berkenaan.

Terdahulu, kehadiran bekas presiden Umno itu di bangunan berkenaan disahkan oleh Presiden Pemantau Malaysia Baharu Datuk Lokman Noor Adam kepada pemberita.

Najib sebelum ini dipanggil pada 27 dan 30 Ogos serta 20 Sept lepas bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes sama.

Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini untuk diambil keterangan buat kali ketiga.

Rosmah tiba di SPRM pada kira-kira 10.45 pagi.

Semalam, media melaporkan Rosmah perlu hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini bagi membantu siasatan suruhanjaya itu.

Kali pertama beliau hadir di SPRM ialah pada 5 Jun lalu bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote