Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Najib dibenar panggil pakar tulisan tentukan kesahihan tandatangan

Najib dibenar panggil pakar tulisan tentukan kesahihan tandatangan

Oleh BERNAMAJanuary 22, 2020 2:03 pm




Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memanggil pakar tulisan bagi mengesahkan kesahihan tandatangannya dalam beberapa dokumen berhubung dengan perbicaraannya melibatkan SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyatakan bahawa di bawah undang-undang, seseorang tertuduh layak mendapatkan dan membawa mana-mana bukti utama mengikut pilihannya dalam pembelaan.

Hakim itu berkata, walaupun sekiranya asas permohonan itu sudah lepas atau baru dihasilkan oleh tertuduh, ini bukanlah satu alasan sah untuk mengetepikan tertuduh daripada bukti utama dalam pembelaannya.

“Namun, pemberat patut diberikan kepada bukti pakar ini, sekira ia dikemukakan, termasuk mengenai sama ada kredibiliti bukti tertuduh terjejas selepas ini, adalah menjadi hak mahkamah untuk menentukannya pada akhir kes ini,” katanya.

Hakim Mohd Nazlan berkata, nilai keterangan terhadap bukti yang dihasratkan itu menjadi isu yang perlu ditentukan pada akhir kes ini.

Beliau berkata, bagi memastikan penilaian terhadap bahan bukti tidak akan menjejaskan prosiding kes ini, pihak pembelaan hendaklah menyusun bagi penilaian oleh pakar dilakukan pada minggu hadapan, bagi satu tempoh tidak lebih dua hari sebelum perbicaraan disambung, selepas esok, pada 3 Feb, 2020.

Beliau berkata, tempatnya akan dilakukan dalam bangunan mahkamah ini, yang akan diberitahu lebih lanjut oleh Timbalan Pendaftar dan dengan kehadiran para wakil pendakwaan, pembelaan dan mahkamah.

Hakim Mohd Nazlan juga membenarkan pendakwaan memanggil seorang saksi penyangkalan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah sekiranya mereka berhasrat berbuat demikian.

Pada Isnin, Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram berhujah bahawa mahkamah hendaklah menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu kerana ia jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu pandangan yang selepas dan satu muslihat untuk melewatkan prosiding.

Pada 9 Dis, ketua peguam Najib, Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa pasukan pembelaan akan memanggil seorang pakar tulisan dari Australia untuk mengkaji kesahihan beberapa dokumen yang terdapat tandatangan Najib yang telah dikemukakan ke mahkamah.

Pada tahun lepas, Mahkamah Tinggi memerintah Najib, 67, agar membela diri atas tujuh pertuduhan penyelewengan RM42 juta melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, termasuk tiga kes pecah amanah (CBT), tiga kes pengubahan wang haram dan satu kes menyalahguna kuasa dalam dana SRC.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Ahli politik sebenarnya tidak peduli apa pengundi mahu?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production