Najib dicabar adakan sidang media “Jawab Semua Mengenai 1MDB” di Sidney

Najib dicabar adakan sidang media “Jawab Semua Mengenai 1MDB” di Sidney

Lim Kit Siang

Memandangkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak menghadiri Persidangan Khas ASEAN-Australia di Sydney, PM dicabar mengadakan sidang media “Jawab Semua Mengenai 1MDB” di sana.

Demikian kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.

Sebelum ini kata Lim Kit Siang, beliau telah mengeluarkan kenyataan bertanya sama ada PM akan pergi ke Syndey atau tidak untuk menghadiri persidangan berkenaan.

Ia kata beliau, memandangkan dua isu iaitu 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) dan kleptokrasi global kini menghantui beliau (PM) dalam persekitaran antarabangsa.

“Saya mencabar Najib mengadakan sidang media “Jawab Semua Mengenai 1MDB” di Sydney untuk memberikan jawapan terhadap pelbagai persoalan berhubung isu 1MDB yang cuba dielakkan oleh beliau sejak tiga tahun lalu,” kata beliau.

Tambah beliau, sewaktu Najib melawat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Rumah Putih September lalu, belum pernah berlaku tidak terdapat sidang media melibatkan Najib langsung.

“Walaupun media antarabangsa begitu teruja untuk bertanya kepada PM Malaysia itu soalan-soalan berkaitan 1MDB dan Malaysia sebagai kleptokrasi global.

“Apakah Najib akan bertemu media di Sydney atau mengelak daripada bertemu mereka?” soal Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Lim Kit Siang menyarankan agar Najib bersedia bertemu media dan menjawab segala persoalan mengenai 1MDB sebagai kempen antarabangsa pertama bagi membersihkan nama Malaysia.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0