Malaysia Dateline

Najib digesa umum tarikh PRU14 lebih awal mudahkan rakyat

Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razam disaran mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen dan tarikh hari pengundian lebih awal rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata,pengumuman awal sangat penting untuk memudahkan penjadualan pergerakan percutian rakyat khususnya pengundi untuk hadapi Tahun Baru Cina dan percutian lain khususnya pergerakan untuk umat Islam mengerjakan ibadah Umrah.

“Saranan ini bagi mengelak beban kos berganda sekiranya rakyat sedang bercuti dan perlu pulang membuang undi di kampung asal serta untuk mengelak pengundi Islam terlepas peluang pengundian sekiranya jadual umrah bersamaan dengan tarikh pengundian PRU14,” ujarnya dalam kenyataan.

Bagaimanapun Mahfuz menjangkakan pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada Jun 2018

“Saya menuntut pengumuman segera tarikh pembubaran Parlimen mesti dibuat serta tarikh mengundi diumum selewat lewatnya pada hari pertama Januari 2018.

“PM Najib tidak perlu takut menghadapi ‘hari perhitungan’ dari rakyat dan jangan sengaja mahu menyusahkan rakyat.

“Sepatutnya sistem pilihanraya di Malaysia seharusnya lebih berani dan demokratik dengan menjadualkan lebih awal tarikh pembubaran Parlimen,” ujarnya.

Penggal akhir pemerintahan kerajaan BN akan berakhir pada 24 Jun 2018.Beberapa Dewan Undangan Negeri (Dun) akan terbubar dengan sendirilebih awal dari 24 Jun 2018.

Justeru katanya lagi, masalah dihadapi Najib sama ada akan menunggu sehingga penghujung tempoh penggal atau akan membuarkan lebih awal.

Ramai menjangkakan PRU-14 akan diadakan pada Mac 2018.

“Apa yang penting bukan sahaja persiapan SPR dan pihak keselamatan diperlukan tetapi rakyat juga memerlukan persiapan untuk menghadapi PRU14 nanti.

“Persiapan rakyat khususnya pengundi berdaftar untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang mengambil bahagian pada hari pengundian bagi menentukan arah tuju masa depan negara dan rakyat,” ujarnya

Mahfuz menegaskan suatu proses pilihanraya yang memudahkan rakyat khususnya pengundi berdaftar bagi menjadualkan pergerakan kehidupan mereka perlu dilakukan dari awal.