Najib diminta jelaskan di Parlimen mengapa kerajaannya tidak protes dilabel “kleptokrat terburuk” oleh AS

Najib diminta jelaskan di Parlimen mengapa kerajaannya tidak protes dilabel “kleptokrat terburuk” oleh AS

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang meminta bekas Perdana Menteri Najib Razak menjelaskan di Parlimen mengapakah kerajaan tidak mempertahankan diri apabila dilabelkan sebagai “kleptokrat terburuk” oleh kerajaan AS dalam satu forum antarabangsa pada Disember tahun lalu.

Tetapi kata beliau, lima bulan selepas itu, lima hari sebelum pilihan raya umum ke-14 berlangsung, kerajaan beliau mengutus surat kepada CIA memohon sokongan dalam berhadapan dengan Pakatan Harapan sekiranya keputusan pilihan raya sengit.

Kata beliau, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyifatkan surat sulit itu, yang dikirim pada 4 Mei lalu oleh Pengarah Unit Risikan Jabatan Perdana Menteri, Hasanah Ab Hamid sebagai perbuatan khianat dan durhaka kepada negara.

“Hasanah telah didedahkan sebagai ketua satu unit risikan dengan nama Bahagian Penyelidikan dalam Jabatan Perdana Menteri, yang secara umum dikenali sebagai Organisasi Risikan Luar Malaysia (MEIO) yang mempunyai lebih kurang 300 orang pegawai risikan,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau, baru-baru ini dilaporkan presiden Korea Selatan yang disingkirkan, Park Geun-Hye telah diberikan lapan tahun lagi tambahan hukuman penjara selama 24 tahun sebelum ini atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Apakah hal yang serupa boleh berlaku di Malaysia? Hal ini menjadi ujian besar kepada kedaulatan undang-undang dan keazaman politik Malaysia dalam memerangi rasuah ” kata veteran DAP itu.

COMMENTS

Wordpress (0)