Najib disiasat dalam isu SRC

Najib disiasat dalam isu SRC

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, siasatan dilakukan kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini
adalah berkaitan dengan SRC.

Siasatan dilakukan kepada bekas perdana menteri itu berpandukan kepada bukti siasatan dilaksanakan oleh SPRM sebelum ini.

“Kita buat siasatan daripada bukti domestik berkaitan SRC. Beri peluang kita laksanakan siasatan melalui pasukan petugas khas yang ditubuhkan hari ini untuk menyiasat berkaitan 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

“Saya akan memberikan tumpuan kepada SRC dan RM2.6bilion .Penyiasatan yang kita lakukan mengambil masa lama
termasuk rekod yang diperoleh daripada luar negara.

” Ada sepucuk surat dari Raja Arab Saudi yang membawa pegawai kita ke sana. Biasanya SOP kita mencari saksi tetapi dalam kes ini seseorang memperkenalkan kepada pegawai kami kepada seorang Raja. Raja tersebut mengaku  menderma RM2.6bilion kepada perdana menteri tetapi dia tidak boleh membuktikannya dengan sebarang dokumen seperti penyata bank.

“Apabila kita ajukan kepada peguam negara untuk mengenalpasti akan perkara ini, sama ada ia benar berlaku atau tidak untuk mendapaptkan sebarang dokumen berkaitan  tetapi penguam negara tidak mengambil maklum perkara tersebut sebagai satu keperluan untuk SPRM meneruskan siasatan menenai derma tersebut.

“Namun kami tidak mempunyai bukti pensaksian kerana kita perlukan MLA untuk jalankan siasatan daripada rekod luar negara.

“Tujuan kita panggil beliau (Najib) kerana kita menerima beberapa info baru kita panggil dia untuk merakamkan percakapan bukan untuk menahannya. Ia sebahagian daripada proses siasatan untuk SRC sahaja,” ujar beliau dalam sidang media yang diadakan di SPRM hari ini.

Menurut Mohd Shukri lagi beliau akan mengendalikan kes membabitkan SRC dan derma RM2.6 bilion manakala dana 1MDB sejumlah RM42bilion akan dikendalikan Pasukat Petugas Khas 1MDB yang dilantik oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pasukan Petugas Khas 1MDB  mengadakan mesyuarat pertama nya hari ini, dipengerusikan bersama oleh Tan Sri Abdul Ghani Patail, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Abdul Hamid Bador.

Menuurut beliau lagi dalam mesyuarat itu sudah dibincangkan terperinci untuk tindakan yang perlu diambil dalam kadar segera mengenai kes 1MDB.

Antaranya dengan memberikan tumpuan kepada pengesanan asset, membawa balik semua wang dan aset hasil dari aktiviti kesalahan kes 1MDB dan tindakan jenayah ke atas pihak terlibat melalui Akta SPRM/AMLA dan Kanun Keseksaan.

” Untuk RM42bilion pasukan petugas khas 1MDB ini akan kendalikan kes ini,” ujarnya yang mana pasukan khas 1MDB ini akan menyambung mesyuaratnya esok.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tepat jam 9.42 pagi ini dengan kawalan ketat daripada anggota polis.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan hari ini memberikan keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Dimaklumkan beliau akan memberikan keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu.

Suasana dipersekitaran bangunan SPRM dipenuhi media tempatan dan asing termasuk penyokong Najib yang terdiri dikalangan ahli Umno yang berkumpul di luar bangunan SPRM untuk bersama menyaksikan peristiwa penting dalam negara membabitkan seorang bekas pemimpin utama parti Umno.

Pada Jumaat sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib di Taman Duta di Kuala Lumpur untuk menghantar notis meminta Najib hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ini dipercayai susulan bekas pegawai tinggi SPRM membuat laporan kepada SPRM terhadap Najib berhubung beberapa salah laku pada 14 Mei lalu.

Datuk Abdul Razak Idris membuat laporan di pejabat SPRM Jalan Cochrane Kuala Lumpur, yang mendakwa Najib mengunakan jawatannya dengan bantuan penjawat awam lain membuat halangan terhadap beberapa siasatan kes membabitkan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Turut dibangkitkan dalam laporan berkenaan berhubung aset milik Najib dan keluarganya.

Kehadiran SPRM di kediaman Najib itu dilakukan, sehari selepas polis merampas wang tunai, barangan kemas dan beg tangan berjenama mewah daripada sebuah kondominium di Pavilion yang dikaitkan dengan Najib.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 8.0