Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membuat tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Datuk Seri Mohd Najib Razak bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno itu pada jam 2.35 petang berkaitan skandal SRC International Sdn Bhd.
Menurut kenyataan dikeluarkan sebentar tadi tangkapan tersebut telah dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta Kuala Lumpur hari ini.
Najib akan didakwa pada 4 Julai 2018 (esok) pada jam 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.
Kenyataan bersama Task Force 1MDB itu dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Ghani Patail, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Datuk Seri Mohd Shukor Mohd Shukri Abdull dan Datuk Abdul Hamid Bador
Najib dipercayai ditahan oleh SPRM di kediamannya dekat Langgak Duta jam 3.07 petang tadi apabila dihidu media yang berkumpul di kediamannya setiap hari sejak siasatan 1MDB dan SRC International dibuka kembali. Beliau kelihatan berada dalam salah sebuah daripada tiga kenderaan pegawai SPRM melepasi persimpangan media berkumpul.
Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.
SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tangkapan itu dalam tempoh terdekat.
Manakala dilaporkan juga Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Amar Sigh menafikan pihak polis menahan Najib apabila tindakan SPRM itu dilaporkan media jam 3 petang tadi.