Najib dituntut umum peruntukan tebatan banjjir RM1 bilion untuk Pulau Pinang

Najib dituntut umum peruntukan tebatan banjjir RM1 bilion untuk Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menuntut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan peruntukan tebatan banjir berjumlah RM1 bilion berserta bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa banjir bagi negeri Pulau Pinang.

Ia adalah berikutan pengumuman PM baru-baru ini yang meluluskan peruntukan berjumlah RM564 juta untuk Parlimen Pekan sahaja.

“Itu hanya untuk satu kawasan Parlimen RM564 juta, kita (Kerajaan Negeri) telah minta RM1 bilion untuk satu negeri iaitu bersamaan 13 kawasan Parlimen, yang hanya berjumlah RM1 bilion.

“Jadi, kita nak tanya bilakah permohonan yang kita buat, yang mana beliau telah janjikan semasa melawat Pulau Pinang pada 7 atau 8 November 2017, mengapa tidak diumumkan lagi,” soalnya pada sidang media ketika melawat Fort Cornwallis hari ini.

Guan Eng turut bertanyakan mengenai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir bernilai RM500 yang dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Sehingga hari ini belum sampai lagi. Kerajaan Negeri bayar RM700 pun dah bagi, tetapi mengapa bayaran RM500 yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan tak sampai?” kata beliau menurut laporan dalam Facebooknya.

Difahamkan, sejak tahun 2013 hingga sekarang, Kerajaan Persekutuan membayar RM235 juta kepada mangsa-mangsa banjir seluruh Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, Pulau Pinang cuma mendapat RM35,500 yang disifatkan Ketua Menteri sebagai terlali kecil untuk rakyat negeri ini.

8.3
OVERALL SCORE
: 6.0
2 user votes x 9.5
CATEGORIES
TAGS