Najib hadapi sesi kedua soalsiasat SPRM

Najib hadiri sesi kedua soalsiasat oleh SPRM hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Razak memasuki pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya jam 10 pagi hari ini, kali kedua selepas Selasa lepas.

Beliau dipercayai sedang disoal siasat berkaitan dengan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berkaitan dengan kemasukan wang ke dalam akaun beliau dari SRC Internasional, anak syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB.

Akhbar The Star hari ini melaporkan, kira-kira RM130 juta wang tunai telah dirampas dari premis yang berkaitan dengan Najib dan pembantunya.

Selasa 22 Mei lepas, Najib disoal siasat SPRM hampir lima jam bagi memberi keterangan mengenai isu berkenaan.

Beliau yang tiba sekitar 10 pagi di ibu pejabat SPRM itu bagaimanapun keluar kira-kira jam 3.15 petang

Ketua Pesuruhjaya baru SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull memaklumkan bekas perdana menteri itu tidak akan ditahan dan pihaknya akan merekodkan terlebih dahulu kenyataan beliau sebelum sebarang tindakan diambil.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan Isnin lalu mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

9.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 8.0