Najib harap kerajaan PH menjaga kebajikan bekas anggota, pegawai pengiring

Najib harap kerajaan PH menjaga kebajikan bekas anggota, pegawai pengiring

Sekumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiriing dan pegawai yang ditugaskan untuk menjaga kawalan keselamatan dan bantuan kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak dan keluarganya ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Bekas perdana menteri  juga mengingatkan kerajaan PH agar sentiasa menjaga kebajikan anggota dan pegawai terbabit.

“Saya juga mohon kerajaan baharu supaya sentiasa menjaga kebajikan mereka kerana mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan,” ujarnya dalam status dimuat naik di facebooknya semalam.

Najib  berkata, sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp).

“Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan,” ujarnya.

Menurut Ahli Parlimen Pekan ini lagi,  beliau membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pegawai keselamatan tersebut.

“Hari ini (semalam), saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana.

“Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang 9 tahun ini – termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun semasa saya masih Timbalan Perdana Menteri.

“Sehingga kita bertemu lagi, saya ucapkan kepada mereka selamat maju jaya dan berharap mereka akan terus berkhidmat kepada kerajaan baharu dengan dedikasi dan kesetiaan yang sama ketika bersama saya,” ujarnya.

Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika mendakap anggota dan pegawai buat kali terakhir setelah perkhidmatan mereka  berkas perdana menteri ditarik balik oleh kerajaan PH.

 

 

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0