Najib kekal di kerusi tradisi, 8 penyandang kekal

Najib kekal di kerusi tradisi, 8 penyandang kekal

Barisan Nasional (BN) mengekalkan seramai lapan penyandang daripada 10 kerusi Parlimen yang dikuasai parti itu di Pahang sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14

Mereka ialah Datuk Abdul Rahman Mohamad di Lipis, Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Datuk Seri Ismail Ab. Muttalib (Maran), Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera) dan Datuk Seri Hasan Ariffin di Rompin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976. PRU 14 kali ini Presiden Umno itu dijangka bakal berhadapan dengan calon dari Parti Pribumi Bersatu  Muhammad  Zahid Md Arip.

Bagi satu lagi kerusi yang dimenangi BN PRU13 iaitu Cameron Highlands, parti itu mempertaruhkan muka baharu dengan meletakkan Ketua Pemuda MIC, Datuk C.Sivarraajh sebagai calon mereka.

Kerusi Parlimen Paya Besar yang turut dikuasai BN sebelum kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail pula ditandingi oleh Ketua Pemuda Umno Pahang, Mohd. Shahar Abdullah.

Muka-muka baharu lain yang dibawa masuk untuk bertanding di kerusi Parlimen kali ini ialah Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun di kerusi Parlimen Raub dan Pegawai Khas Menteri Pengangkutan, Datuk Andrew Wong Kean di Kuantan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin yang juga penyandang kerusi Dun Lanchang pula ‘beralih angin’ apabila diletakkan bertanding di Parlimen Temerloh.

Beliau menjadi calon tunggal yang bertanding di dua kerusi di negeri ini apabila turut diletakkan di Dun Lanchang.

BN turut mempertaruhkan seorang doktor perubatan, Datuk Dr. Johan Mat Sah yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Indera Mahkota untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Indera Mahkota.

Persaingan merebut kerusi berkenaan antara yang menarik untuk diketahui kesudahannya apabila Pas mengumumkan Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan bertanding di kerusi itu manakala PKR dikatakan meletakkan bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sebagai calon mereka.

Negeri ini mempunyai 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Senarai calon BN Pahang itu diumumkan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam satu majlis khas di Kompleks Yayasan Pahang hari ini.

Senarai calon BN Parlimen dan Dun di  Pahang bagi PRU14:

1.P78 CAMERON HIGHLANDS  – Sivaraj A/L Chandran
N.01 Tanah Rata-Leong Tack Man
N.02 Jelai -Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail

2.P79 LIPIS Dato Sri Abdul Rahman Mohamad
N03 Padang Tengku-Datuk Mustapha Long
N04 Cheka- Lee Ah Wong
N05 Benta -Datuk Sri Ir Mohd Soffi Abdul Razak

3.P80 RAUB – Chew Mei Fun
N06 Batu Talam -Datuk Abdul Aziz Kiram
N07 Tras – Eng Lek Pong
N08 DONG -Datuk Sri Shahiruddin Moin

4.P81 JERANTUT – Ahmad Nazlan Idris
N09 Tahan -Datuk Sri Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak
N10 DAMAK -Lim Chow Lee
N11 Pulau Tawar Nadzri Ngah

5. P82 INDERA MAHKOTA – Johan Mat Sah
N12 Beserah – Datuk Suhaimi Jusoh
N13 Semambu – Kuek Tei Sion

6. P83 KUANTAN – Wong Kiew Lee
N14 TERUNTUM -Tee Choon Ser
N.15 TANJUNG LUMPUR -YM Tengku Datuk Sri Zulkifly Tengku Ahmad
N.16 Inderapura -Datuk Sri Mohd Shafik Fauzan Sharif

7. P84 PAYA BESAR – Mohd Shahar bin Abdullah
N.17 Sungai Lembing – Datuk Suhaimi Mohd Shah
N18 Lepar – Abd Rahim Muda
N.19 Panching – Datuk Zaili Besar

8. P85 PEKAN – Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak
N.20 PUlau Manis – Datuk Khairuddin Mahmud
N.21 Peramu Jaya -Datuk Seri Sheikh Fuzi Sheikh Ali
N.22 Bebar – Datuk Fakaruddin bin Mohd Arif
N.23 -Chini -Datuk Seri Abu Bakar Harun

9. P86 MARAN Datuk Seri Ismail Mutalib
N.24 Luit-  Nur Hidayah Shahimi
N.25 Kuala Sentul – Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin
N.26Chenor -Datuk Ariffin Awang Ismail

10. P.87 KUALA KRAU – Datuk Seri Ismail Said
N.27 Jenderak – Datuk Mohammad Jaafar
N.28 -Kerdau – Datuk  Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad
N.29 Jengka – Datuk  Wan Salman Wan Ismail

11. P88 – TEMERLOH -Datuk  Seri Mohd Sharkar bin Shamsudin 
N.30 Mentakab – Wong Tai Cei
N.31 Lancang – Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin
N.32 Kuala Semantan – Datuk Nor Azmi Mat Ludin

12.P89 BENTONG -Datuk Seri Liow Tiong Lai
N.33 Bilut – Poo Moon Hiong
N.34 Ketari – Datuk Lau Hoi Keong
N.35 Sabai Datuk R Goonasegaran
N.36 Pelangai- Datuk Seri Adnan Yaakob

13. P90 BERA -Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
N.37 Guai- Datuk Seri Norol Azali Sulaiman
N.38 Triang -Tan Tin Loon
N.39 Kemayan -Datuk Mohd Fadhil Osman

14.P91 ROMPIN – Datuk Seri Hasan bin Ariffin
N.40 Bukit Ibam – (Belum Diumumkan)
N.41 Muadzam – Razali Kassim
N.42 Tioman Datuk Seri Johari Bin Hussin

 

 

 

 

COMMENTS

Wordpress (0)