Bekas pemimpin, negarawan pengaruhi fikiran rakyat menentang kerajaan, kata PM

Bekas pemimpin, negarawan pengaruhi fikiran rakyat menentang kerajaan, kata PM

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melahirkan rasa kesal dengan segelintir pihak yang cuba meracuni, menghasut dan mempengaruhi fikiran rakyat untuk menentang kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melahirkan rasa kesal dengan segelintir pihak yang cuba meracuni, menghasut dan mempengaruhi fikiran rakyat untuk menentang kerajaan.

Beliau  berkata, Deklarasi Rakyat untuk tujuan tidak menentu yang tidak mengikut perlembagaan.

“Kita berasa amat kesal ada segelintir pihak yang cuba meracuni menghasut dan pengaruhi fikiran rakyat turun berhimpun secara haram di kaki jalanan berdemontrasi tanpa hala tuju dengan burukkan negara dan cuba jatuhkan pemimpin dan kerajaan secara tidak demokratik.

“Kita juga berasa sedih dan sayang seribu kali sayang yang turut terbabit dalam kancah ini bekas-bekas pemimpin dan negarawan.

“Tidak cukup dengan itu hingga mereka sanggup perlekeh perihal negara sendiri dan meminta campur tangan kuasa asing.

“Sedangkan satu ketika dahulu orang itulah yang menyebut biar Malaysia ini ditentukan rupa bentuk destininya oleh rakyat Malaysia,” ujarnya ketika berucap dalam pelancaran  Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2015, diadakan di Angkasapuri dan disiarkan secara langsung di TV1 malam tadi.

Najib berkata kerajaan mengambil jalan tidak mahu terganggu dengan hal membuang masa dan tidak membawa faedah.

” Deklarasi untuk tujuan tidak menentu kesudahannya ketahuilah semua ini adalah salah tak betul dari segi perlembagaan dan undang-undang negara.

“Kerajaan mengambil jalan tidak mahu terganggu dengan hal membuang masa dan tidak membawa faedah.

“Kita akan terus mengambil jalan yang lebih besar untuk menjulang Malaysia ke persada seperti dijanjikan. Inilah sikap dan pendirian tekad kerajaan BN,” ujarnya.

Sejak diumum dan dilaksanakan lima tahun lalu, Program Transformasi Negara (NTP) telah membuktikan ia adalah satu dasar yang berjaya di dalam memacu kemajuan negara.

Najib yang juga menteri kewangan berkata, NTP yang terbahagi kepada dua iaitu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) masing-masing telah mencapai 99 peratus indeks petunjuk prestasi utama (KPI) dan 111 peratus manakala KPI bagi Inisiatif Pembaharuan pula adalah 108 peratus.

Laporan tahunan itu dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri.

TAGS