Najib kunjungi Presiden PAS di IJN

Najib kunjungi Presiden PAS di IJN

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Berkongsi aktiviti hariannya di laman facebook dan twitter hari ini, Najib menjelaskan mengambil kesempatan menziarahi Abdul Hadi ketika mendapatkan rawatan susulan tangan di Hospital Kuala Lumpur dan menziarahi bekas pegawai penerangan beliau, Datuk Nasir Safar di IJN.

“Saya ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan susulan tangan dan juga melawat mantan pegawai penerangan saya, Datuk Nasir Safar di Institut Jantung Negara. Mudah-mudahan beliau segera sembuh, Insya-Allah.

“Saya dimaklumkan ketika berada di IJN bahawa Dato’ Seri Haji Hadi Awang juga sedang dirawat di situ, dan turut menziarahi beliau. Saya doakan semoga beliau dikurniakan sebaik-baik kesihatan oleh Allah SWT,” tulis Najib.

TAGS