Najib maki ‘kepala bapak’, ulang sebut bodoh

Najib maki ‘kepala bapak’, ulang sebut bodoh

Jika menjelang pilihan raya umum lalu, Datuk Seri Mohd Najib Razak selamba memaki peneroka Felda dengan ‘haram jadah’, kali ini Presiden Umno berkenaan bertubi-tubi mengulang perkataan ‘bodoh’ dalam tempoh kurang dua minit.

Lebih mengejutkan apabila Najib turut menyebut ‘kepala bapak’ ketika berucap di hadapan perwakilan mesyuarat agung tahunan MCA di ibu negara.

“Mereka (Pakatan Harapan) mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual kedaulatan. Apa? Kepala bapak kau! Tak logik. Bodoh,” kutuknya.

Pengerusi BN itu berkata demikian ketika menyentuh pendirian Pakatan Harapan untuk mengkaji semula perjanjian ekonomi melibatkan Malaysia dan China yang dilihat mengancam kedaulatan negara.

Walaupun Najib kemudiannya meminta maaf kerana menyebut ‘kepala bapak’, suami Rosmah Mansor itu kemudiannya tetap meneruskan serangan dengan menggunakan kata ‘stupid’ dan ‘bodoh’.

Cercaan Najib dalam tempoh kurang dua minit itu sekali gus menggambarkan kemarahannya ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bila-bila masa sahaja akan berlangsung.

“Kamu bodoh. Kamu fikir Kuantan Industrial Park orang Malaysia tak boleh masuk?

“Bodoh punya kerja. Saya taklah terlalu bodoh untuk menipu Malaysia. Ini adalah tanah air kita yang berdaulat,” kecamnya di ibu pejabat MCA di Jalan Ampang.

Perdana Menteri yang dikaitkan dengan ‘Malaysian Official 1’ (MO1) dalam tuntutan mahkamah Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat tersebut juga bahkan mengakui marah dengan dakwaan pihak pembangkang berhubung isu pelaburan China itu.

“Pergi Forest City macam-macam cerita pula. Itu semua tanah tebus gunalah. Woi, bukan tanah Johor tu.

“Tanah tebus guna sebahagiannya dijual kepada pihak luar negara, manakala sebahagian lagi kepada orang tempatan.

“Ini semua …. Kamu fikir mentaliti orang Malaysia begitu bodoh hingga tak boleh berfikir sendiri?” soalnya lagi.

6.7
OVERALL SCORE
: 9.0
5 user votes x 6.2
CATEGORIES
TAGS