Malaysia Dateline

Najib malam ini di penjara tapi orang ramai riuh pula ‘usik’ Presiden Umno

Ini malam pertama Datuk Seri Najib Razak di Penjara Kajang tetapi orang ramai dilihat riuh pula ‘usik’ Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan dengan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hantaran Ahmad Zahid di Facebook atas namanya petang tadi berkenaan perbicaraan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dilihat telah dibanjiri dengan ratusan komentar berbaur sindiran.

“Terima kasih semua sahabat seperjuangan jauh dan dekat yang terus hadir bersama saya semasa sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” kata Ahmad Zahid.

Siang tadi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk perbicaraan membela diri atas 47 pertuduhan membabitkan dana milik YAB berjumlah RM65 juta.

Rata-rata warganet dilihat meninggalkan komentar berbaur sinis termasuk mengingatkan Zahid bahawa Najib tidak harus ‘ditinggalkan’ berseorangan di Kajang.

“Tok, jangan tinggal kawan sorang-sorang. Tak baik, baik pergi teman dia,” kata Azim Ria.

Baca juga Najib ke penjara: ‘Tiga ibu warganegara kembalikan semangat anak Malaysia merdekakan negara dari petualang’

Baca juga Pemanasan global makin serius, Ikon Ais Kutub Utara lihat sendiri banyak bongkah ais pecah dan hancur