Najib mesti jelaskan dakwaan guna khidmat Cambridge Analytica memanipulasi PRU13

Najib mesti jelaskan dakwaan guna khidmat Cambridge Analytica memanipulasi PRU13

Timbalan Pengerusi Strategi dan Polisi Parti Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan sama beliau menggunakan khidmat Cambridge Analytica untuk memanipulasi pengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu atau sebaliknya.

Selain itu katanya, Najib juga perlu menjelaskan sama ada beliau akan menggunakan teknik memanupulasi secara tidak beretika dalam PRU14 akan datang atau tidak.

Menurut Wan Saiful, Cambridge Analytica dalam lawan webnya mendakwa bahawa mereka telah membantu Najib memenangi PRU13.

Laman web CA Political, sebuah syarikat yang punya kaitan dengan Cambridge Analytica berkata, mereka “menyokong Barisan Nasional (BN) di negeri Kedah dengan menyasarkan kempen mesej menonjolkan pembaikan sekolah mereka sejak 2008, kata Wan Saiful.

BN berjaya merampas semula Kedah daripada Pakatan Rakyat dalam PRU13 dan meninggalkan kempen yang berjaya itu. Dengan menang 21 daripada 36 kerusi negeri dan 10 daripada 15 kerusi parlimen di negeri itu, BN bergembira menang besar, dakwa laman web berkenaan, jelas beliau.

Wan Saiful Wan Jan

Jelas beliau lagi, Cambridge Analytica adalah sebuah syarikat yang terbabit dalam skandal atas dakwaan memanipulasi data peribadi secara tidak beretika untuk tujuan memenangi pilihan raya.

Mereka kata Wan Saiful, telah dituduh mendapatkan data peribadi sehingga 50 juta orang pengguna Facebook tanpa kebenaran, untuk digunakan dalam kempen presiden Amerika bagi membantu Donal Trump dengan menyasarkan iklan-iklan kepada pengguna khusus melalui cara manipulasi, mengekploitasi “hasrat jahat” dalam diri mereka.

Katanya, pelabur Cambridge Analytica termasuk Robert Mercer, seorang hartawan yang terkenal sebagai penyumbang dana kepada kempen parti haluan kanan Donal Trump dan organisasi berhaluan kanan Amerika yang lain.

Tambahnya, Steve Banno, penasihat utama kepada Trump dan seorang yang mempunyai pandangan yang jahat dalam kelompok haluan kanan, adalah salah seorang ahli lembaga syarikat berkenaan.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu mengenai hubungan kempen Najib dengan Cambridge Analytica.

“Hal ini menimbulkan persoalan dalam diri saya, iaitu sama ada Najib dan Umno menggunakan taktik jahat yang serupa dengan pergerakan haluan kanan Amerika dan orang seperti Steve Bannon.

“Memanipulasi undi sangat tidak beretika dan berbahaya kepada demokrasi berparlimen kita. Saya berharap Najib tidak berhasrat untuk mengundang Cambridge Analytica ke Malaysia untuk mengekploitasi sentimen dan mencetuskan perbalahan kaum di sini untuk keuntungan politik jangka pendek beliau,” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Katanya lagi, menjelang PRU13 lalu, beliau sebagai ketua pasukan pemerhati pilihan raya yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), telah menyaksikan bagaimana persekitaran telah diwujudkan untuk memberikan kelebihan kepada Umno dan BN.

“Menyorot input yang dibuat oleh 300 pemerhati yang ada, saya menyimpulkan bahawa PRU13 hanya separuh bebas dan tidak adil memandangkan persekitaran berkenaan diwujudkan sebelum pilihan raya lagi.

“Sekarang, pendedahan mengenai penglibatan Najib dan Umno dengan Cambridge Analytica membuatkan saya bimbang.

“Najib perlu segera menjelaskan sebanyak mana telah dibayar kepada Cambridge pada PRU13 dan apakah kerja sebenar mereka untuk Umno.

“Paling penting sekali, walau bagaimana terdesak sekalipun untuk kekal berkuasa, Najib tidak boleh memilih taktik memecahkanbelahkan dan memanipulasi sentimen rakyat Malaysia,” kata beliau.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote