Najib nafi 1MDB tidak mampu bayar hutang IPIC

Najib nafi 1MDB tidak mampu bayar hutang IPIC

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menafikan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MBD) tidak mampu untuk membayar hutangnya kepada syarikat Abu Dhabi.

Sebaliknya ujar beliau kelewatan tersebut berlaku disebabkan oleh masalah teknikal.

“Soal 1MDB kita telah keluarkan kenyataan..maka itu soal teknikal saja bukan sebab soal tak mampu bayar balik yang kita jangka tidak akan jejaskan soal keyakinan kepada ekonomi negara kita,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) semasa sidang Dewan Rakyat hari ini.

Wan Azizah di dalam soalan tambahannya bertanyakan soalan samada kegagalan 1MDB membayar hutang kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) bakal menggugat sentimen pelabur luar kepada Malaysia.

Laporan sebelum ini menyatakan pembayaran sebanyak US$602.7 juta (kira-kira RM2.6 bilion) daripada 1MDB kepada IPIC adalah sebahagian daripada penyelesaian hutang.

Kata Wan Azizah ia akan mengugat pelabur di negara ini, kerana masalah utama negara adalah hutang yang tinggisebagaimana dilapor Bank Negara RM2.6bilion.

Pelabur negeri Abu Dhabi, Mubadala berkata, pihaknya belum menerima maklumat daripada bank berhubung kelewatan bayaran daripada 1MDB berikutan tarikh berakhir.

Bagaimanapun kenyataan 1MDB semalam memaklumkan kepada syarikat Abu Dhabi, mengenai pembayaran yang sepatutnya dibuat pada 31 Julai akan dibuat pada bulan ini kerana menunggu dana sewajarnya.

COMMENTS

Wordpress (0)