Najib nafi beri arahan ‘memancing’ ahli parlimen PH bentuk kerajaan

Najib nafi beri arahan ‘memancing’ ahli parlimen PH bentuk kerajaan

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan untuk ‘memancing’ ahli Parlimen Melayu PH untuk menyertai mereka (Pas-Umno) dalam membentuk kerajaan pada PRU14 lalu.

Bagaimanapun katanya, diluar pengetahuannya jika wujud arahan berkenaan.

“Tiada arahan yang dibuat dari Umno untuk pancing undi wakil rakyat (Melayu) PH.

“Kalau ada dari pihak lain saya tak tahu la.Tapi dari saya pada malam tu, tiadalah.Jadi dari saya memang tiada arahan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini lapor Sinaronline.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara bersama Mekong Review di Kemboja, dipetik berkata, Umno-Pas mahukan kelebihan kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan sambil memainkan sentimen mengatakan PH tidak akan mampu mempertahankan kedudukan Islam seperti BN.

Jadi itu adalah idea jika semua Melayu Islam (Umno-Pas) bersatu, barisan pembangkang baharu dipenuhi dengan orang Islam dalam Umno-Pas, mereka boleh mengheret orang Islam lain dalam PH, mencapai majoriti Melayu-Islam untuk menubuhkan kerajaan.

Bagaimanapun kata Dr Mahathir mereka dinasihati agar tidak berbuat demikian.

Beliau berkata, disebabkan itulah, berlaku kelewatan pengisytiharan kemenangan PH.

Loading...

Katanya lagi, peralihan kuasa yang berlaku pada PRU14 itu ‘tidak selancar’ seperti dilihat dari luar.