Najib patut malu dengan ‘legasi’ RM1 trilion hutang dan liabiliti

Najib patut malu dengan ‘legasi’ RM1 trilion hutang dan liabiliti

Tulisan terbaharu Dato’ Sri Najib Razak berhubung hutang dan liabliti yang ditanggung negara berjumlah RM1 trilion ketika ini menjelaskan bahawa bekas pemimpin ini langsung tidak pernah rasa bersalah, apatah lagi menyesal dengan ‘dosa’ beliau kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bernada sinikal kononnya pelabur lari disebabkan pengumuman jujur dan telus Menteri Kewangan, Najib lupa bahawa bebanan negara yang ditanggung ketika ini merupakan ‘legasi’ pentadbiran kleptokrasi beliau sebelumnya.

Demikian kata Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin dalam kenyataan medianya semalam.

Kata beliau, Kementerian Kewangan telah mengesahkan laporan bahawa pentadbiran era Najib telah “bailout” melalui dana Bank Negara dan Khazanah untuk membayar RM6.98 bilion hutang 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC), sesuatu yang cuba disorokkan Najib ketika berkuasa.

“Ya, dengan seluruh upaya, kerajaan kini sedang berhempas-pulas memulihkan semula akaun negara. Jika bekas Perdana Menteri itu seorang yang bermaruah, setidak-tidaknya beliau memohon maaf dengan hutang 1MDB yang keseluruhannya berjumlah RM38 bilion!

“Disiasat ketika ini dalam skandal kewangan terbesar di dunia, bahkan pernah mengaku menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi, hanya orang tidak waras sahaja yang masih mempunyai muka untuk ‘tunjuk bagus’ di hadapan rakyat.

“Berpada-padalah jika mahu bermuka tembok pun,” kata beliau.

COMMENTS

Wordpress (0)