Najib perlu beri penjelasan di Parlimen, tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

Najib perlu beri penjelasan di Parlimen, tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendesak  Datuk Seri Mohd Najib Razak memberikan penjelasan segera kepada Ahli Parlimen berkaitan dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengenai konspirasi pengubahan wang haram  membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Seri Wan Azizah IsmailPresiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendesak  Datuk Seri Mohd Najib Razak memberikan penjelasan segera kepada Ahli Parlimen berkaitan dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengenai konspirasi pengubahan wang haram  membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Oleh itu saya menggesa Kabinet untuk menasihatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menitahkan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyiasat tuduhan wang RM14 bilion telah dilarikan dari 1MDB dari 2009 ke 2015 serta mencadangkan agar individu-individu yang terlibat dihadapkan ke mahkamah.

“Saya percaya rakyat Malaysia mahukan Datuk Seri Najib mengambil cuti sebagai Perdana Menteri agar tidak timbul syak wasangka salahguna kuasa untuk melengah atau menghalang siasatan penuh terhadap isu yang serius ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Wan Azizah lagi, memandangkan jawatan Perdana Menteri itu telah memberikan Najib kuasa dan pengaruh ke atas agensi utama kerajaan termasuk pejabat Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan memandangkan isu ini berkait rapat dengan bidang kuasa malah juga jangkamasa beliau memegang jawatan tersebut.

Semalam Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Department of Justice, DOJ) menyatakan Kerajaan Amerika Syarikat akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion (USD1 bilion) yang berkait dengan satu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang haram dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

DOJ juga telah menamakan individu-individu yang didakwa terlibat: Riza Aziz (anak tiri kepada Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak), Jho Low, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Sidang media DOJ tersebut dengan jelas menyatakan RM4 bilion ini sebahagian dari lebih RM14 bilion (USD3.5 bilion) yang dikenalpasti dilarikan dari badan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara 2009 hingga 2015.

“Jangkamasa ini bertindih sepenuhnya dengan jangkamasa ketika Datuk Seri Najib memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

“Memandangkan Perkara 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB yang berkuatkuasa pada ketika wang RM14 bilion itu didakwa dilarikan dari 1MDB meletakkan tanggungjawab meluluskan “komitmen kewangan, penyusunan semula atau sebarang perkara yang melibatkan jaminan kerajaan” di tangan Perdana Menteri,” ujarnya Ketua Pembangkang di Parlimen ini.

TAGS