Malaysia Dateline

Najib persoal hanya Kit siang didenda, KJ pula ingatkan dia ada kompaun belum dibayar

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berpuas hati apabila hanya veteran DAP Lim Kit Siang dikenakan denda sebanyak RM1,000 sedangkan ramai lagi yang sepatutnya dikenakan denda.

“Kit Siang seorang je yang kena kompaun? Itupun satu kompaun berjumlah RM1k yang dikeluarkan semalam.
Tapi yang berpeluk itu adalah berpuluh orang?” soal Najib.

Beliau mempersoalkan tindakan itu selepas Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin memaklumkan bahawa kompaun terhadap veteran DAP Lim Kit Siang sudah dikeluarkan.

Menteri Kesihatan turut mengingatkan Najib kompaun ketika PRN Johor belum selesai

Bagaimanapun, Najib hairan mengapa Khairy mengaitkan dirinya dengan kompaun yang dikenakan terhadap Lim Kit Siang.

“Entah kenapa dia kaitkan kompaun Kit Siang dengan saya tapi saya akan bayar lima kompaun anda terhadap saya,” kata Najib.

Kementerian Kesihatan (KKM) berharap bekas perdana menteri Najib Razak juga membayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa pilihan raya negeri (PRN) Johor yang masih belum dilunaskan.

“Kompaun sudah dikeluarkan kepada Lim Kit Siang.

“KKM juga harap Najib bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN Johor yang masih belum settle,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Sementara itu Khairy berkata KKM juga berharap Najib menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawainya enggan menerima sebelum ini.