Malaysia Dateline

Najib sindir sekolah sudah kaya-raya hidang 100 ekor kambing golek, hadiah Axia di mesyuarat PIBG

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat membuat sindiran apabila menyifatkan sekolah kebangsaan sudah kaya-raya kerana mampu menghidangkan 100 ekor kambing golek serta hadiah kereta Axia dalam mesyuarat Persatuan Guru dan Ibu Bapa (PIBG).

“Nampaknya sekolah-sekolah kebangsaan Malaysia sudah kaya-raya.

“Setiap kali diadakan mesyuarat PIBG, sekolah akan hidangkan 100 ekor kambing golek serta membuat cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah Perodua Axia.

“5 buah motorsikal, 10 ekor lembu, 10 TV, 20 telefon bimbit dan 200 hamper,” kata Najib.

Namun Najib berharap mesyuarat PIBG seperti itu tidak hanya dibuat di Tanah Merah Kelantan sahaja wajar juga dibuat di semua sekolag kebangsaan dalam negara, barulah adil.

“Jangan hanya dibuat di Tanah Merah.

“Buatlah juga di semua sekolah kebangsaan dalam negara. Ini baru adil.

Najib sindir sekolah sudah kaya-raya hidang 100 ekor kambing golek, hadiah Axia di mesyuarat PIBG
Surat PIBG yang tular

“Betul tak, Dr Radzi Jidin?” soal Najib yang turut ‘tag’ Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin.

Najib juga menanyakan rakan-rakan Facebooknya agar memberitahu apa makanan yang biasa dihidang dalam mesyuarat PIBG di tempat mereka.

Ini kerana terdapat surat rasmi daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Gading Tanah Merah yang ditandatangani guru besar ibu bapa hadir beramai-ramai merebut hadiah yang ditawarkan.

Sehubungan itu, Najib percaya majlis PIBG yang menawarkan hadiah mewah itu dianjurkan Kementerian Pendidikan berdasarkan surat daripada kementerian.

“Siapa yang bayar? Kementerian ataupun PN?

“Tapi tarikh dan lokasi acara tersebut sama dengan pelancaran PN Kelantan?

“Hadiah utama pelancaran juga sebuah Perodua Axia?” soal Najib apabila hadiah di majlis itu diberi oleh mereka yang berbaju PN.

Kata Najib mungkin ianya semua kebetulan kemudian umum ramai orang yang hadir di pelancaran PN Kelantan adalah bukti sokongan pada PN adalah kuat.

Terdahulu, Malaysia Dateline melaporkan Pelancaran Perikatan Nasional (PN) negeri Kelantan dibuat serentak dengan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah dalam pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah.

Kedua-dua program ini berlansung di tempat yang sama Padang Majlis Daerah Tanah Merah.

2 Julai lalu PIBG dijadualkan bermula 12 tengah hari manakala majlis Pelancaran Perikatan Nasional Peringkat Negeri Kelantan berlangsung pada jam 1.45 petang.

Baca juga: Pelancaran PN Kelantan serentak dengan mesyuarat PIBG tawar pula hadiah kereta Axia, takut tak ada orang ke!

Baca juga: Haram perkahwinan berbeza agama, kerajaan Indonesia tolak permohonan pasangan