1MDB: Najib tarik saman fitnah pada Tony Pua

(dari kiri) Tony Pua dan Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menarik balik saman fitnah yang berlangsung selama tiga tahun terhadap setiausaha publisiti DAP, Tony Pua dan pemilik media Rakyat, Chan Chee Kong berhubung ulasan anggota parlimen Damansara itu mengenai 1MDB.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, anak guamnya bersetuju untuk menarik balik saman itu dengan syarat yang tidak didedahkan.

“Penarikan (saman) ini adalah tanpa kebebasan untuk memfailkan lagi,” kata Hafarizam.

Peguam Pua, Michelle Ng, yang juga ADUN Subang Jaya mengesahkan penarikan saman itu.

Ini kali kedua Najib menarik balik saman fitnahnya selepas penarikan terdahulu terhadap bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik seperti dilaporkan Malaysiakini.