Najib terima keputusan rakyat, PM akan dilantik Agung

Najib terima keputusan rakyat, Agung akan lantik PM yang dapat mandat majoriti dalam Dewan Rakyat.

 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau dan rakan-rakannya menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam pilihan raya umum semalam dan menerima perubahan akan berlaku.

Namun, katanya,  oleh kerana tidak ada mana-mana parti yang mendapat majoriti mudah, maka terserah kepada Yang Dipertuan Agung untuk membuat keputusan siapa yang akan dilantik sebagai perdana menteri.

Menurut Najib, perlembagaan negara menetapkan, pihak yang mendapat kepercayaan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai perdana menteri.

Najib berkata demikian dalam sidang media khas hari ini, kira-kira 8 jam selepas partinya hanya mendapat 79 kerusi dari 222 kerusi yang dipertandingkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan penuh kerusi parlimen pada jam 4.30 pagi tadi.

PH mendapat 113 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan (PKR 104, DAP Sabah & Sarawak 9) melepasi majoriti mudah 112 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

BN pula mendapat 79, Pas (18), Bebas 3 manakala Star (1).

 

7.7
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 6.5
CATEGORIES
TAGS