Najib terus aktif cari dana “bailout” 1MDB dan Jho Low

Najib terus aktif cari dana “bailout” 1MDB dan Jho Low

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersubahat dengan kontraktor utama China Communications Construction Company (CCCC) untuk menaikkan kos Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRP) daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion bagi membayar hutang 1MDB.

RM30 bilion itu juga bukan hanya digunakan untuk menyelamatkan kantung hutang yang ditanggung 1MDB, malah ia juga bertujuan untuk membayar hutang yang dibuat Jho Low. Mengikut Sarawk Report, kabinet akan meluluskan projek berkenaan hari ini(27 Julai 2016).

Inilah kelicikan yang dimiliki oleh Najib Razak. Disaat dunia sedang mendedahkan skandal yang mana nama beliau terpalit sama walau secara tidak langsung, beliau terus melakukan aktiviti yang sama. Menggunakan dana rakyat untuk menyelamatkan Tabung Haji Heavy Engineering sebanyak RM740 juta(hampir RM1 bilion), kini beliau sedang memperdagangkan nasib rakyat kepada negara luar dengan isu RM30 bilion ini.

Zaman Najib Razak adalah era yang memeritkan buat rakyat dan negara. Kehilangan Pulau Batu Putih, penjualan IPP(janakuasa) milik Edra Energy kepada konsortium China-Qatar, penjualan TRX dengan kadar yang mahal kepada Tabung Haji sedangkan dibeli dengan hanya RM60 sekaki, apa lagi yang akan dibuat oleh Najib Razak selepas ini?

Jika rakyat masih tidak sedar dan celik, anda sebenarnya sedang mengizinkan perlakuan dan perbuatan sumbang yang dilakukan Najib Razak dan kerajaan pimpinannya. Ianya cukup memualkan bila melihat sikap pimpinan negara terutama dari Barisan Nasional yang seolah-olah menganggap Najib Razak itu maksum dan sedang berbuat perkara yang betul.

Adakah mereka juga terlibat dan punya kaitan dengan skandal 1MDB yang sedang hangat dibincangkan oleh dunia mutakhir ini? Biar waktu yang tentukan.

Sekian.

COMMENTS

Wordpress (0)