Malaysia Dateline

Najib tidak faham pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia, kata Mohamad

Dakwaan Datuk Seri Mohd Najib Razak  bahawa Menteri Pertahanan Mohamad Sabu tidak tahu Boustead sudah buat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia berkaitan  penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintan milik syarikat Bousetead Holding Berhad adalah dangkal sama sekali.

 

“Najib sebagai bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mungkin hanya membaca tajuk pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia dan langsung tidak membaca isi kandungannya sehingga menyebabkan beliau gagal memahami mengapa Pejabat Menteri Pertahanan mengatakan penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang masih belum dimuktamadkan.

“Pengumuman kepada Bursa Malaysia hanya menyatakan tentang Surat Tawarandan Surat Penerimaan untuk penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik Boustead kepada sebuah syarikat,” ujar Menteri Pertahanan Mohamad Sabu  dalam kenyataan hari ini.

Beliau menerangkan pengumuman Bursa Malaysia itu jelas menyatakan Surat Trawaran itu tertakluk kepada beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh pembida.

“Pembeli diberikan Masa Eksklusif selama satu bulan bermula 19 Februari 2019 untuk melakukan penilaian atau aktiviti “due diligence” kepada Hotel dan Bousteadakan memberikan segala bantuan yang diperlukan dalam melakukan aktiviti penilaian tersebut.

” Boustead tidak seharusnya memberikan respons kepada (selain menolak) sebarang siasatan, perbincangan, cadangan atau tawaran untuk atau untuk meneruskan, membuat tawaran, rundingan atau mengadakan perbincangan, atau mengadakan sebarang perjanjian atau persefahaman dengan pihak lain melibatkan Hotel semasa Masa Eksklusif.

” Melaksanakan perjanjian jual beli bagi kedua-dua pihak semasa Masa Eksklusif.

” Syarat-syarat yang diperuntukkan bagi Pelupusan Cadangan akan termasukantara lain, kelulusan berkanun dan pengawalseliaan yang dikehendaki di bawahundang-undang Malaysia dan Bursa Singapura,” ujarnya dalam kenyataan.

Justeru Mohamad  berkata, Najib  seharusnya memberikan tumpuan kepada kes-kes berkait rasuah yang sedang dihadapinya daripada terus menerus menyebarkan berita palsu berkaitan penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Boustead Holdings Berhad.

Najib dalam kenyataannya dipetik berkata Mohamad tidak tahu bahawa Bousted Holdings telah membuat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia mengenai perkara penjualan Hotel Royale Chulan

Ini susulan sebelum itu dilaman facebooknya, beliau mendedahkan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat LTAT, Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga yang agak rendah, hanya RM197 juta walaupun hotel yang bertaraf empat bintang serta mempunyai 400 bilik itu berada di atas tanah hakmilik kekal dan terletak di kawasan tiga-segi emas Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, pembongkaran Najib mengenai perkara tersebut dinafikan oleh Mohamad melalui kenyataan medianya dengan mengatakan ianya masih belum dimuktamadkan.