Najib, tiga anak hadir bayar baki wang ikat jamin, terima lagi sumbangan

Najib, tiga anak hadir bayar baki wang ikat jamin, terima lagi sumbangan

Datuk Lokman Adam

Ahli keluarga Datuk Seri Mohd Najib Razak hadri ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi tadi bagi membayar baki wang ikat jamin RM500,000 hari ini.

Kelihatan Nooryana Najwa, Norashman dan Daniar hadir ke Bahagian Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi, Jalan Duta .

Di maklumkan bekas perdana menteri turut hadir untuk menandatangani dokumen ikat jaminnya hari ini.

Najib pada Rabu didakwa atas pertuduhan menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah kira-kira RM42 juta.
Beliau dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta.

Najib pada hari yang sama membayar wang tunai RM500,000 dan perlu membayar baki RM500,000 hari ini.

Peguam utama, Datuk Seri Shafie Abdullah sebelum ini menawarkan geran rumah Najib bernilai RM4 juta, memandangkan akaun bank bekas presiden Umno itu telah dibekukan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah perkara itu.

Difahamkan juga selepas dokumentasi dan ikat jamin selesai  Pemantau Malaysia Baru akan  menyerahkan tabung sumbangan ikat jamin dan bantuan guaman kepada Najib di lobby mahkamah hari ini.

Tabung #FreeNajib yang dilancarkan Sekretariat Solidariti Najib Razak bagi membayar baki wang jaminan sebanyak RM500,000 sudah mencukupi.

Pengerusinya Datuk Lokman Noor Adam berkata, jumlah wang terkumpul itu akan diserahkan kepada anak perempuan Najib, Nooryana Najwa untuk menyempurnakan bayaran ikat jamin sebentar lagi.

Menurutnya baki jumlah terkumpul akan digunakan untuk membayar kos guaman berjumlah RM2.4juta.

Najib hadir bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah menerima tabung #FreeNajib daripada Pengerusi Sekretariat Tabung Solidariti Najib, Datuk  Razlan Rafee di perkarangan luar mahkamah yang disaksikan lebih kurang 50 penyokong bekas presiden Umno itu.

Najib dalam sidang medianya sejurus selesai urusan dokumentasi mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas derma dan doa, dengan mengatakan bahawa mereka telah memberi kekuatan kepadanya untuk menghadapi keadaan itu.

“Saya sangat terharu dengan sumbangan ahli-ahli Umno dan semoga saya dapat menghadapi masa yang mencabar ini,” katanya.

Najib, bagaimanapun, enggan untuk menjawab  soalan daripada  pihak media yang menunggunya sejak awal pagi tadi,

Pada 4 Julai, Ahli Parlimen Pekan mengaku di Mahkamah Tinggi untuk tiga pertuduhan pecah amanah dan salah satu penyalahgunaan kuasa untuk suapan yang melibatkan RM42 juta yang didakwa disalahgunakan semasa menjadi Penasihat di SRC International Sdn Bhd.

Datuk Seri Mohd Najib (kanan) menerima sumbangan daripada Datuk Razlan Raffee bagi membantu kos guaman dan ikat jamin bekas presiden Umno itu. Turut hadir Isterinya Datik Seri Rosmah Mansor dan tiga anaknya hari ini,

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0