Sebagai orang luar, tak perlu masuk campur hal rumah tangga pasangan lain, jangan kerana kita tak bahagia maka kita lempiaskan amarah kepada manusia lain.
Menjadi ketua keluarga bukanlah senang, seharusnya pandai membahagikan tanggungjawab antara pasangan dan keluarga.
Buat wanita ini, Madam F (bukan nama sebenar) dia tidak menyangka perkahwinan bersama suami musnah gara-gara campur tangan kakak ipar.
Di bawah adalah perkongsian tersebut.
Kepada kakak sulung yang mempunyai adik ipar perempuan, jagalah hubungan anda dan adik ipar dengan baik. Jangan jadi perosak rumahtangga adik anda.
Aku berkahwin dengan Ahmad. Ahmad mempunyai empat adik beradik. Dia mempunyai dua orang kakak dan seorang adik lelaki.
Irah, kak sulung Ahmad (bukan nama sebenar). Inas, kakak yang kedua. Pendiam orangnya. Adik Ahmad, Iqbal belum berkahwin.
Masa aku bertunang, tak nampak belang kak Irah. Baik dan ramah orangnya. Kak Irah berkahwin dengan Abg Idris, mempunyai empat orang anak.
Mereka tinggal di rumah mak abg Idris. Abang Idris kerja kampung. Manakala kak Irah suri rumah.
Kak Irah ni rapat dengan suami aku dari kecil. Beza umur mereka enam tahun. Kalau ibu bapa mereka berkerja, kak Irah la yang akan jaga mereka adik beradik dan dipantau oleh tok mereka yang tinggal di belakang rumah mereka.
Setelah aku berkahwin dengan Ahmad baru lah nampak belang kak Irah. Hari kahwin aku dan Ahmad di rumah Ahmad, dah nampak red flag.
Aku hairan jugak bila tengok kak Irah meninjau hadiah perkahwinan kami. Bagi aku, cuma nak tengok ja.
Tapi tak disangka, semasa waktu buka hadiah di waktu malam, rupa-rupanya kak Irah nak hadiah perkahwinan kami.
Tak sempat aku nak tengok hadiah yang kawan-kawan bagi, cepat-cepat mak mentua aku bagitau kak Irah nak satu set periuk yang kawan aku hadiahkan pada kami.
Sedih kerana kawan-kawan yang bagi. Mahal pulak tu. Aku hanya ada periuk kecil. Alasan mak mentua aku, kakak ipar aku tak ada periuk.
Biras aku kedekut. Susah nak beli barang rumah sebab duduk dengan mak biras aku.
Seminggu aku sakit hati. Suasana baru kahwin pun hambar bila suami suruh aku berikan set periuk pada kakak ipar aku.
Aku dengan suami balik rumah nenek aku di Kelantan dengan ayah dan mak aku sebab nenek aku sakit. Kami berempat saja balik kg sebab adik-adik aku berada di u.
Sebelum pulang ke kampung, aku beli buah tangan untuk sedara-mara aku. Kemudian, aku singgah rumah mentua aku.
Selamba buka bonet kereta
Masa aku buka bonet keta aku, dia cepat-cepat nak tengok apa ada dalam bonet. Dia tengok ada kopi, kicap dan belacan. Dia tanya pakai duit siapa sebab banyak.
Aku balas balik, duit bapa aku la sebab nak balik kampung bapa aku. Terdiam terus dia. Terus jalan menonong ke dalam rumah mak bapak dia. Dia rasa aku pakai duit adik dia ka…
Masa nak balik ke rumah, ibu bapa aku nak stay kat Kelantan seminggu lagi sebab adik ayah aku nk balik kampung juga dari Melaka. Nanti ibu bapa balik rumah naik bas.
Kami bawak kereta Nissan Almera ayah aku balik rumah. Aku nak singgah ke Rantau Panjang beli barang.
Lagi 5 Minit nk sampai, telefon husband aku berdering-dering. Hairan jugak siapa call pagi-pagi macam ni.
Tekaan aku betul kak kesayangan husband aku. Dia order macam-macam. Muka husband aku dah berkerut-kerut. Sakit hati aku bila tengok wasap kakak dia.
“Kalau hang tak cukup duit, pinjam la kat bini hang. Dia kan baru dapat gaji.”
Mendidih darah. Aku buat tak tahu ja bila husband aku kata tak cukup duit. Aku balas kat dia kalau orang pesan tolonglah ambik duit.
Gaji aku tak besar. Bukan gaji pensyarah ka engineer ka atau doktor. Terdiam husband aku.
Aku dah bayar duit kereta, baki gaji tak sampai RM2k. Gaji kerja kerajaan bukan banyak. Gaji dia pun tak sampai RM2k.
Sampai rumah mak mentua, kakak kesayangan husband aku siap tunggu depan rumah. Aku keluar dari kereta bapa aku, kak ipar aku dok tengok kereta ayah aku yang baru.
Dia tanya kereta siapa, dia nak suruh hantar dia balik rumah mak mentua dia. Aku cepat-cepat bagitau kereta bapa aku. Sesuka hati ja nak suruh hantar dia.
Suruh la laki hang mai ambil. Aku bukan nak berkira tapi anak-anak dia ramai. Lasak jugak. Nanti habis kereta ayah aku. Aku pula kena marah.
Aku geram dengan husband aku yang tak minta duit untuk barangan yang dikirim oleh kakak kesayangannya sebab tuan rumah dah minta duit sewa.
Bila husband aku tunjuk barang-barang kakak dia, aku cepat-cepat bagitau yang Abang Mat tuan rumah minta duit sewa rumah.
Haha merah muka husband aku dan kakak dia. At last, kakak dia hulur duit jugak.
Mak Mentua aku memang sayang kat kak Irah. Mak mentua aku kata kak Irah tu bijak dan semua kata-kata Irah betul. Dia sokong ja kak Irah buat apa.
Jarak rumah sewa aku dengan rumah mertua Kak Irah hanya 30 Minit. Suami aku selalu ajak aku ke sana.
Aku hairan bila husband aku tak perasan bila kami sampai mak mentua Kak Irah akan masam muka.
Aku tahu yang mak mentua Kak Irah tak sukakan kak Irah yang diktator tu… Sebab jiran aku berkawan dengan adik biras aku.
Aku disahkan hamil dua bulan. Husband aku happy. Aku tak pernah tengok dia gembira macam tu. Masa ni, kak Irah kak kesayangan husband aku dah menunjukkan belang dia.
Start dari adik aku yang nombor tiga nak kahwin. Aku minta tolong husband aku ambilkan barang hantaran di kedai hantaran.
Sebab aku masih di office. Adik aku baru on the way balik dari Selangor. Esok dia nak bernikah.
Husband aku pergi ambil sebab dekat dgn tempat keja dia. Kak kesayangannya tahu sebab husband aku bagitau. Dia wassap husband aku
Makin jahat lepas aku mengandung
“Jangan baik sangat dengan keluarga mertua. Kalau kita susah, belum tentu depa boleh tolong”. Sejak husband aku dapat WhatsApp dari kakak dia, dia terus berubah.
Semasa hamil, aku teringin nak makan ikan terubuk. Husband aku ni lurus sangat, boleh dia bagitahu kak dia. Setan tu hasut husband aku kata aku mengada-ngada nak makan.
Husband aku kata aku ni mengada-ngada. Aku dengan sarat mengandung pergi beli ikan terubuk sendiri. Harganya baru RM 12.20.
Bila bapa mentua aku teringin nak makan kepala ikan, dia boleh pergi Kuala Muda nak beli kepala ikan. Memang sangat terasa di hatiku.
Dah sarat mengandung, aku minta duit nak beli baju baby kat husband. Boleh dia kata kakak suruh beli kat bundle tak pun ambil baju anak kakak dia.
Ya Allah. Sebak aku mendengarnya. Dalam diam, aku pergi beli baju baby lepas balik keja… Harga baju baby tu mampu milik RM10.90… janji baru…
Masa keluarga aku buat makan-makan.Terkeluar cerita beli telur ayam 10 biji. Kak ipar aku kata jangan beli barang dapur pakai duit adik dia sebab membazir.
Tanggungjawab suami kena bagi nafkah pada isteri. Setakat malam, aku makan telur goreng dengan nasi je… Siang hari aku makan pakai duit sendiri.
Husband aku start tak bagi nafkah lepas tu. Dia banyak duduk rumah mentua, nak bersalin pun, husband berkira untuk anak kami. Sedihnya.
Selepas pantang, aku berfikir sedalam-dalam lautan. Beristiqarah. Aku minta suami aku lepaskan aku dengan cara baik. Sebab rumah tangga kami jadi toksik.
Pada mulanya, dia tidak mahu kerana bayi kami berusia enam bulan. Akhirnya, dia melepaskan aku. Dengan hasutan kakaknya.
Kata kakaknya, “KALAU BINI HANG TAK MAU KAT HANG, BANYAK ANAK DARA NAK KAT HANG.”
Aku tak minta dia tinggalkan keluarganya. Tapi jadilah ketua pada keluarga kecil kami. Aku kesunyian. Tanpa nafkah zahir dan batin. Aku faham dia anak lelaki sulung.
Kak Irah, terima kasih kerana menghancurkan rumah tangga aku. Semoga Allah membuka pintu taubat untuk kak Irah.
Sekarang ni, aku sudah mempunyai adik ipar perempuan. Sebagai kakak sulung, aku doakan supaya adik ipar aku berbahagia hingga ke jannah dengan adik.