Seorang pengunjung meluahkan rasa tidak puas hati apabila perlu membayar RM5 kerana membentang tikar di kaki lima pantai Port Dickson.
Memuat naik hantaran di laman Facebook, lelaki tersebut menyifatkan tindakan yang diambil pengurus tempat itu sebagai melampau.
Lelaki yang menggunakan nama Reebar Seller itu mendakwa caj tersebut tidak patut dikenakan kerana tikar itu tidak dibentang di tapak perkemahan.
“Sekarang ni pergi Port Dickson semua kena bayar eh? Smart betul!. Kau duduk dekat kaki lima ni, letak tikar pun kena bayar RM5.
“Bukannya (kami) duduk dekat tapak perkhemahan itu pun. Baik kau koba (beritahu) air laut tu pun kau bayar sewa,” katanya.
Pengadu itu turut menuntut agar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) untuk memantau aktiviti perniagaan di situ agar tidak menindas pengunjung.
Katanya, jika dibiarkan berlarutan, kemungkinan banyak lagi caj yang tidak masuk akal bakal diperkenalkan oleh pengusaha tapak perkemahan itu.
Diharapkan dengan tularnya hantaran lelaki terbabit, MPPD akan mengambil tindakan yang sewajarnya agar sektor perlancongan di Port Dickson tidak terjejas.
Baca juga: Artis warga Singapura berjaya raih dana RM600,000 dalam masa 50 minit untuk mangsa banjir Johor