Umum tahu selebriti kini berdepan disekat peminat selepas diam akan isu melanda negara Palestin dan jelas menunjukkan sokongan terhadap Israel.
Kini rakyat Malaysia pula cuba mengikut jejak langkah peminat luar negara dengan menyenaraikan artis yang terlibat dengan produk pro Israel.
Tampil mempertahan diri, pelakon dan pengacara Mira Filzah tidak hairan jika disekat kerana dirinya antara artis paling lantang bersuara mengenai isu peperangan tersebut.
“Siapa yang datang semata mata nak stalk sahaja rasa oh baru nak repost. Siapa yang dah lama follow or memang follow, mesti tahu apa yg saya selalu repost.
“Sebelum 12 haribulan (hb) Mei, sebelum tular kempen nak block artis pada 10hb, 9hb, 8hb, 7hb pun saya ada repost.
“Saya bercakap ini untuk semua. Buatlah apa yang awak nak buat, silakan sekat akaun saya.
“Tapi tak perlu sampai keluarkan kata-kata yang tidak baik. Namanya #blockout bukan #makiout. Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala,” ujarnya di X.
Rata-rata netizen bersetuju dan melihat rakyat Malaysia menyekat tanpa mengetahui sebab mereka melakukan perkara tersebut.
“Blockout ini gerakan global untuk menyekat selebriti yang secara terang-terangan menyokong Israel dan tak bersuara langsung mengenai Palestin.
“Betul. Nak boikot nak blockout nak blackout ke buat sahaja tapi janganlah sampai menghina dan mencaci.
“Mereka ni nampak lebih menggunakan isu Palestin untuk menjatuhkan influencer, artis yang mereka tak suka,” antara komen netizen.