Nak buat cili kisar banyak tapi takut berkulat? Cuba petua ini, boleh tahan lama dalam peti ais

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang suka memasak dalam kuantiti banyak ataupun ada kenduri dalam masa terdekat mesti nak sediakan bahan awal agar tak penat di hari kejadian.

Antara yang selalunya awal dibuat adalah bawang blend, dan juga cili kering tapi jika telalu lama nanti risau berkulat pula.

Cuba tip dikongsikan Nad Adleesya yang dimuat naik halaman Facebook ‘Diari Resepi Bonda’.

Petua cili kisar tahan lama, tak berkulat

May be an image of food and text that says "Dah siap!"

“Kak nad memang akan buat pes cili kering untuk memudahkan kerja memasak. Jadi sekali buat memang sekali banyak.

“Jadi untuk dapatkan pes cili kering tahan lama. Ini sahaja yang selalu kak nad akan buat.”

Bahan-bahan:

  • Cili kering
  • 2 labu bawang putih

Cara-cara:

  1. Guntingkan dahulu cili kering untuk buang biji bijinya.
  2. Basuh dengan air biasa.
  3. Rendamkan dengan air suam yang dah di tapis. Jangan guna air paip.
  4. Dah kembang baru masakkan cili kering dan bawang putih.
  5. Masak dengan air yang dah di tapis juga sampai mendidih dan boleh tutup api
  6. Dah sejuk sikit boleh tapis dan blender macam tu je. Kalau kering sangat tambah air sikit sahaja dalam 1/4cawan.
  7. Kemudian boleh tambah cili kering tu lagi dan lagi sampailah siap.
  8. Masukkan dalam tupperware dan bila dah sejuk baru simpan dalam peti ais.

Selamat mencuba!

Baca juga: Patutlah tak menjadi, kena rendam air garam rupanya! Ini resepi Pisang Goreng Salut Gula