“Nak cepat kaya, sondol suami orang” – Pelakon nasihat wanita perlu ada karier sendiri

Oleh MAISARAH AISYA

Masih ada wanita yang bergantung sepenuhnya kepada pasangan untuk kelangsungan hidup sedangkan dalam keadaan ekonomi sekarang memerlukan keduanya untuk bekerja.

Tapi ada juga yang mengambil kesempatan untuk hidup senang dengan menggoda suami orang sedangkan bahagia itu hanya sementara.

Dalam satu video di TikTok, Datin Elvina Mohamad, dia menganggap mereka yang menggugat rumah tangga orang demi kemewahan adalah individu berfikiran singkat.

“Sebenarnya ada wanita yang fikir singkat. Nak hidup senang, nak mewah, cuma perlu ‘sondol’ suami orang.

“Tetapi, bila mereka melangkah ke alam perkahwinan, semua itu tak seindah yang disangka.

“Sampai sekarang usia perkahwinan saya sudah tujuh tahun dan macam-macam yang kami sudah lalui,” katanya menerusi video di TikTok.

Pada masa sama, wanita yang sudah tujuh tahun berkahwin itu menasihati para wanita untuk mempunyai kerjaya sendiri.

“Saya rasa kalau nak duit, bekerja dan usaha sendiri. Walaupun pasangan kita kaya-raya, tak boleh bergantung sepenuhnya pada mereka.

“Sebab pada akhirnya kita sendiri yang kena tanggung, jadi sediakan payung sebelum hujan.

“Saya nasihatkan pada perempuan di luar sana, mereka perlu ada karier sendiri,” tambahnya.

Baca juga: Hanya sekadar prop ‘marketing’, pengurus nafi Fattah Amin terima kereta mewah