Nak diet dan tak guna minyak banyak masa masak? Doktor kongsi cara sebenar gunakan air fryer

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap rumah pastinya ada satu alat air fryer, malah ramai juga memilih untuk menghadiakan kepada pengantian alatan memasak ini.

Tambahan pula harga minyak masak yang mahal, mungkin semua dah amalkan gaya hidup sihat dengan kurangkan makanan berminyak

Namun tak ramai tahu cara sebenar menggunakannya, jadi ikutilah perkongsian Dr. Izzar Anwari.

Menurutnya, salah menggunakan peralatan tersebut boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan.

Di bawah adalah perkongsiannya.

Air fryer, bagus ke?

Boleh kata ramai dah sekarang ada air fryer di rumah sebab nak amalkan gaya hidup sihat kan? Tapi air fryer tu betul-betul menyihatkan ke?

Guna Air fryer sememangnya lebih sihat berbanding dengan menggoreng makanan. Ia mengurangkan kalori sehingga 70 ke 80 peratus dan lemak pun sikit je.

Kita juga dapat mengurangkan risiko merbahaya kesan daripada menggoreng menggunakan minyak masak.

Contohnya bila kita menggoreng makanan berkanji (starch) seperti French fries dengan suhu tinggi, bahan kimia acrylamide akan terhasil.

Acrylamide ni berkemungkinan dapat meningkatkan risiko mendapat kanser. Dengan air fryer, kita dapat mengurangkan risiko terhasilnya acrylamide ni.

Dengan bertukar kepada masakan air fryer, sudah tentu akan mengurangkan makanan berminyak dan berlemak, barulah kolesterol dalam darah berkurangan serta kalori pun tak tinggi nanti.

Tak adalah isu overweight atau obes (terlebih berat badan). Barulah sihat kan.

Jangan masak dalam tempoh lama atau suhu terlalu tinggi

Tapi ada satu kajian dari Korea Consumer Agency mengatakan bahawa acrylamide juga boleh terjadi jika memasak dengan air fryer.

Ini akan berlaku sekiranya kita masak makanan dalam tempoh yang lama dan suhu tinggi. (dia buat kajian dengan masak kentang).

Kalau nak elak terjadinya acrylamide ni, elakkan memasak terlalu lama dengan suhu tinggi sehingga makanan overcook.

Macam masak kentang goreng, kita nak dia masak jadi warna golden yellow. Kalau jadi warna brown, dah ada la acrylamide tu.

Lagi gelap makanan berkanji yang telah dimasak tu, lagi tinggilah kandungan acrylamide.

Kesimpulannya, gunalah air fryer dan jangan terlebih masaka makanan ye. Saya pun guna air fryer hari-hari.

Apa-apa pun, amalkan pemakanan seimbang dan tak perlu minum air-air manis. Baru betul.

Mak-mak yang suruh anak beli air fryer tapi sorok kat dalam kabinet boleh dah cuba guna tip ini, nanti lebih sihat tubuhnya.

Baca juga: Dua ahli politik bertumbuk ketika debat siaran langsung, gaduh selepas masing-masing tuduh ‘penjilat’