Bagi yang ingin berdiet, tabiat yang paling sukar untuk kita buang ialah minum air manis ataupun minuman bergula.
Berpantang makanan segera mahupun makanan berkhasiat pun tidaklah sesukar meninggalkan air bergula.
Ramai tak sedar betapa elok dan baiknya minum air kosong dalam kehidupan seharian.
Bukan sahaja selepas makan tapi kita dah boleh mula amalkan minum air kosong pada waktu-waktu tertentu atau selepas selesai aktiviti.
Ikuti perkongsian Maskulin tentang 10 amalan minum air kosong yang baik.
- Selepas bangun tidur
Sebaik sahaja bangun tidur setiap hari, minumlah 250 ml air putih ketika perut anda masih kosong. Ia baik untuk menyingkirkan toksin dari badan sepanjang tidur malam.
Malah minum air putih ketika perut kosong juga dapat meningkatkan metabolisme badan untuk menyerap nutrisi dan membantu sistem pencernaan yang baik.
- Sejam sebelum sarapan
Ambil air putih sebanyak 200-250 ml sekitar satu jam sebelum anda ingin bersarapan.
Ia akan membantu menyediakan sistem pencernaan untuk menyerap nutrisi dan makanan yang anda makan.
- Selepas minum teh atau kopi
Selepas anda habis minum secawan teh atau kopi, segeralah minum air putih segelas. Kopi dan teh bersifat diuretik di mana ia akan membuatkan anda ingin terus membuang air kecil.
Bagi mengelakkan badan anda dehidrasi akibat kencing yang kerap, pengambilan air putih akan menggantikan jumlah cecair dalam badan anda yang telah keluar.
- 30 minit sebelum makan
Anda juga digalakkan untuk minum air putih minimum dua gelas, 30 minit sebelum makan, tidak kira makan tengah hari atau malam.
Ia akan membantu anda rasa lebih kenyang dan jumlah ambilan makanan anda akan berkurangan.
Bukan itu sahaja, minum sebelum makan akan melembapkan lapisan perut, selain membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa anda makan.
- Ketika rasa lapar
Apabila perut anda lapar dan anda ingin mengunyah sesuatu, ajar diri anda untuk minum segelas air.
Air putih akan membuatkan anda rasa lebih kenyang sehingga anda tidak terasa untuk makan atau mengunyah.
- Sebelum bersukan
Sebelum melakukan apa jua sukan, anda dinasihatkan untuk minum air putih terlebih dahulu.
Ini akan membantu tubuh anda terhidrasi dengan baik dan peredarannya lebih lancar.
- Selepas bersenam
Selepas bersenam, pasti anda rasa dahaga kerana peluh banyak keluar. Jadi minumlah banyak air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
Jumlah air yang anda minum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan dan suhu persekitaran anda ketika itu.
Namun jangan tergesa-gesa minum air kerana ia boleh meyebabkan berlakunya kekejangan pada perut.
- 2 Jam sebelum tidur
Dua jam sebelum tidur, anda boleh minum air putih sebanyak 300ml ke 360 ml bagi memulihkan tenaga yang telah hilang daripada aktiviti seharian anda.
Malah minum air putih juga akan membantu meningkatkan proses metabolisme yang menyebabkan tubuh badan dapat membakar lebih banyak kalori.
- Minum 4 liter sehari
Ketika anda membuat proses diet, minumlah sekitar empat liter air putih sehari.
Ia akan melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh, selain mempercepatkan lagi berat anda turun.
- Lakukan detoks air
Detoks air adalah diet air yang berkesan untuk menurunkan berat badan dengan cepat.
Campurkan air putih dengan hirisan lemon atau buah-buahan lain membuatkan anda kekal segar dan sihat dengan detoks daripada bahan-bahan semula jadi ini.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio