Nak elak botol sos jadi comot? Guna satu bahan ni je senang

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya setiap botol di rumah ada yang berada dalam keadaan comot dan tak bersih selepas digunakan.

Mesti rasa marah sebab bila nak guna semula mesti rasa melekit di tangan.

Seorang pengguna TikTok, Awang Dapur (@awangdapur) tampil berkongsi cara untuk elak botol sos comot lepas digunakan

1. Guna pad kapas

Mak-mak yang selalu make up tu mesti ada lebih pad kapas muka kan? Boleh gunakan ia untuk elak botol sos comot.

Mula-mula basuh hingga bersih botol sos tersebut pada bahagian luar sebelum ambil kaps dan lipat hingga menjadi kecil sebelum gunting ia.

Gunting berdasarkan saiz penutup tersebut dan sarungkan pad kepada bada botol itu.

Jika ia kotor sekalipun tidaklah sampai ke bawah dan tempat yang kita selalu pegang.

2. Tuang dengan cara yang betul

Pastikan anda menuangkan ia dengan teknik betul agar lebihan sos tidak meleleh di sekitar botol.

Buat sedikit putaran ke dalam mangkuk sebelum habis menggunakan sos tersebut, botol tidak akan lagi comot.

Jangan hentak-hentak botol, lebihan itu yang membuatkan botol jadi kotor.

Warganet kemudian berkongsi tips mereka di ruangan komen.

“Arwah mak ajar anak-anak dia, lepas habis guna sos atau kicap tu lap dulu guna tisu, sampai besar dah terbiasa.

“Saya lepas guna akan lap dengan air sikit dan tisu kering, setiap hari saya akan tengok semua botol. Tak ada kulat dan tak ada meleleh.

“Saya pakai guna yang tekan-tekan tu ja macam botol Shampoo. Saya beli kepala dia sahaja, memang best dan tak comot,” antara komen warganet.

Baca juga: Pisau cepat tumpul? Ini tip untuk pastikan ia sentiasa tajam, jangan ‘skip’ tips no 5 kalau sayang barang!