Nak hilangkan bau hamis di badan dan elakkan sembelit guna dua bahan ini

Oleh NASUHA RAHMAN

Kadang-kadang badan kita hamis bau badan kerana berpeluh jadi hari ini kita kongsi cara lebih mujarab bagaimana kita boleh atasinya.

Ada banyak cara kita boleh amalkan untuk kurangkan bau hamis peluh di badan. Antara cara paling efektif adalah gosok ketiak dengan limau purut dan daun sireh waktu mandi.

Tapi sekarang ni bukan senang nak dapat limau purut, kecuali kita memang duduk di kampung kan.

Jadi antara cara efektif nak hilangkan bau hamis peluh adalah dengan amalkan je minum air limau kasturi bersama madu setiap pagi.

Bahan:

3 biji limau kasturi
2 sudu besar madu asli
1 cawan air suam panas

Cara:

Campurkan madu ke dalam air. Perah limau kasturi. Kacau hingga sebati dan minum setiap pagi ketika perut masih kosong. Kalau ada gastrik, bolehlah alas dulu perut dengan sarapan ringan.

Biasanya air ni saya tak tinggalkan sisa pun sebab dengan limau tu sekali saya kunyah sampai licin.

Oh ya, amalan minum air limau kasturi madu ni juga boleh kecilkan saiz perut yang besar tau. Jadi perut takdelah bergoyang sana sini teruk sangat waktu berjalan.

Petua ni dikongsikan oleh seorang uncle India beberapa tahun lepas. Ramah betul dia, siap macam-macam petua dia kongsikan.

Saya memang amalkan air ni setiap pagi. Serius, perut rasa selesa, ringan dan mudah je nak ke toilet.

Mak-mak dalam pantang, kalau ada masalah setiap kali ke toilet untuk membuang tu ibarat dipaksa masuk ke medan perang, air ni bagus sangat diamalkan tau.

Elakkan sembelit, dalam masa yang sama mempercepatkan luka bersalin, sebab air ni tinggi vitamin C.

Petua ini juga dikongsi dalam Fb Masak Apa Hari Ini (MAHN)

Baca juga: ‘Tangan dan kaki diikat, dipukul dengan rantai besi dan mengancam untuk menggugurkan kandungan’