Malaysia Dateline

Nak jimat punya pasal sanggup guna cerek di hotel untuk masak ayam, tindakan lelaki ini undang pertikaian

Seorang lelaki selamba menggunakan mesin pembancuh air kopi di sebuah hotel untuk memasak hidangan makan malam dengan memasukkan ayam mentah ke dalam teko air berkenaan.

Portal berita Daily Star melaporkan, Alexander C juga sengaja mendedahkan perbuatannya itu di laman pencari kerja iaitu LinkedIn yang memperincikan resipi dan kaedah-kaedah pembuatannya sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial.

Alexander berkongsi gambar yang menunjukkan campuran ayam, sekeping mentega dan beberapa perasa dimasukkan ke dalam mesin pembancuh kopi.

Ketika berkongsi imej-imej tersebut, dia menjelaskan tujuannya berbuat demikian.

Lelaki tersebut memutuskan untuk memasak hidangan itu yang lebih murah daripada restoran dengan menggunakan peralatan terhad di dalam sebuah hotel bagi menjimatkan wang syarikatnya, sekali gus menyebabkan dia tidak keluar dari bilik untuk makan malam. 

Dia turut mewajarkan tindakannya yang berjimat cermat dan menulis “Perkara kecillah yang membuat anda dinaikkan pangkat.”

Bagaimanapun, Emily Murnane yang merupakan seorang penulis dan pengarah komedi, berkongsi tangkap layar Alaxander dan membuat ciapan di Twitter dengan menulis: “LinkedIn benar-benar terbang di bawah radar sebagai platform media sosial yang paling tidak ‘waras’.”

Ciapan Murnane itu mendapat lebih 200,000 tanda suka dan lebih 24,000 diulang semula dengan seorang pengulas berkata: “Dipromosikan menjadi orang aneh, itulah yang terjadi.”

Seorang lagi pengulas memberikan pandangannya yang menyokong Alexander dengan menulis bahawa dia melakukan perbuatan itu untuk mempersendakan orang-orang korporat yang aneh di LinkedIn, sekali gus menunjukkan kepandaiannya.

Baca juga: Bekalan durian luar biasa banyak, peniaga Singapura jual murah-murah, ‘Musang King cuma RM32 sebiji’

Baca juga: Tersuka rakan satu tempat kerja sebab suami tak layan, netizen perli tah-tah suami dia pun jaga perasaan wanita lain