Nak kahwin lepas 10 tahun bercinta, wanita di cop ‘selfish’ dengan kakak sebab langkah bendul

Oleh KIM SYAZIE

Apabila si adik mahu melangsungkan perkahwinan terlebih dahulu sebelum kakak maka ia digelar langkah bendul.

Menurut adat melayu hantaran turut diberikan kepada di kakak yang masih belum berkahwin.

Seorang wanita membuat luahan hati di akaun Twitter pengacara televisyen @fedtriyahya mengenai kakaknya yang marah selepas dia membuat keputusan untuk berkahwin.

“Kaak saya dengan saya beza satu tahun. Dia seorang yang sangat penyayang dan tak pernah berkira.

“Tapi bila saya buka isu yang saya nak kahwin, dia paling marah sangat sehingga mengherdik saya macam-macam.

“Dia tak setuju saya langkah dia sedangkan saya dan bakal suami sudah bercinta selama 10 tahun malah duit juga sudah cukup,” ujarnya di Twitter.

Walaupun sudah diberitahu banyak kali namun reaksinya tetap sama malah sanggup mengatakan bahawa adiknya pentingkan diri.

“Saya dah banyak kali hint (petunjuk) tapi dia selalu marah dan mengatakan bahawa saya suka orang bercakap mengenai dia.

“Kakak bagitahu yang saya tak fikir apa yang dia rasa dan pentingkan diri malah dia meminta untuk saya jangan bercakap lagi (hal kahwin),” tambahnya.

Ketika si bapa memaklumkan mengenai wanita (si adik) bakal dirisik, kakaknya hanya mendiamkan diri malah tidak hadir ke majlis merisik adik.

Hingga kini sudah sebulan si kakak memilih untuk tidak pulang malah 1001 alasan diberikan untuk tidak balik ke rumah.

Rata-rata warganet menyifatkan si kakak sebenarnya pentingkan diri kerana menghalang kebahagiaan adik sendiri.

“Teruskan perkahwinan tersebut. Apa yang kakak dia buat melampaui batas. 10 tahun adalah tempoh lama untuk dilambatkan lagi,” komen @Awe_basir.

“Kakak awak pentingkan diri. Tak matang. Tak ada rasa seronok lihat kebahagian adik beradik.

“Teruskan niat baik awak tu, tetap buat baik pada kakak. Semoga satu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk terima ketentuan takdir,” tambah @kakdianarashid

Baca juga: Tular video UAI asyik pandang atas masa ceramah macam nampak sesuatu, akhirnya terjawab apa yang dipandang