“Nak kami terjemahkan kat kertas undi pilihan raya ker?”- Chef bengang bekalan telur ayam tak ada

Oleh NASUHA RAHMAN

Ramai sudah mula bising ekoran bekalan telur ayam tidak mencukupi susulan itu seorang Chef meminta pihak bertanggungjawab hendaklah menyelesaikan masalah ini dan jangan asyik sibuk menyambut pilihan raya sahaja.

Bekalan telur ayam tidak mencukupi di mana hampir kesemua kedai tidak ada bekalan. Apakah ayam di Malaysia tengah musim mandul?

Inilah luahan dari seorang chef di mana beliau telah mencari bekalan telur ayam di segenap tempat termasuk pasar basah, pasar raya, mini market dan kedai runcit semuanya rak telur kosong.

“Ayam kat Malaysia ni memang tengah musim mandul ker aper?

“Habis kosong semua rak telur. Baik kat Pasar Borong, Pasar Basah, Pasar Raya, Mini Market dan kedai runcit.

“Adakah ini secara kebetulan atau permainan yang dirancang?”soal Chef Amer di Facebooknya.

Beliau merayu pihak berwajib dan kementerian yang dipertanggungjawabkan agar membantu rakyat jelata dan jangan lah asyik sibuk menyambut pilihanraya.

“Kalau dah daging mahal, ayam mahal, ikan mahal, sotong mahal dan udang mahal belaka. Hanya tinggal telur saja yang menjadi pilihan hidangan untuk keluarga.

“Hidangan kegemaran anak-anak nasi, kicap dan telur mata.

“Kesiankanlah kat kami semua.

“Peniaga nasi lemak tak ada telur goreng, telur rebus dan telur berlada.

“Peniaga roti canai tak boleh jual roti telur dan roti sardin mereka.

“Peniaga kopitiam tak ada menu roti telur goyang, telur setengah masak dan terpaksa jual roti bakar sahaja.

“Peniaga gerai terpaksa jual nasi goreng, mee goreng dan kue tiaw goreng tanpa telur.

“Lebih parah lagi..

“Peniaga yang jual kek, murtabak dan roti john, mereka nak berniaga apa?

“Wahai pihak yang berkuasa, turunlah dan rasailah denyut nadi kami sama. Selamilah penderitaan para peniaga.

“Nak kami terjemahkan kat kertas undi pilihanraya ker?” katanya lagi.

Baca juga: Turunkan harga tiket kapal terbang menjelang PRU, atau anda kerajaan yang tidak bertanggungjawab

Baca juga: Hubungan paling jijik, suami akhirnya pilih anak tiri usia 18 tahun sebagai pasangan