Pastinya setiap peniaga pernah berjumpa pelanggan yang melarikan diri dengan makanan tanpa membuat pembayaran.
Jika benar tidak mampu maka tak salah sekiranya mengaku, bukannya ambil lauk mahal kemudian tanpa segan silu berangkat tanpa bayar.
Seorang peniaga memuat naik video seorang pelanggan yang didakwa sudah berkali-kali melakukan hal sama dengan tidak membayar makanan dibungkus.
Tidak mahu menanggung lebih banyak kerugian disebabkan sikap penting diri orang lain, peniaga tersebut bertindak bersemuka dengan pelanggan tersebut.
“Adik, banyak kali dah buat kerja macam ni? Beg ada dalam ni tapi kenapa tak bayar?
“Kenapa tak bayar, banyak kali dah buat macam ini,” ujar peniaga tersebut selepas pelanggan memberi alasan tertinggal dompet.
Peniaga itu kemudian memaklumkan pelanggan tersebut memberi alasan duit dalam kereta sebelum berlalu pergi tanpa mengambil nasi yang sudah dibungkus.
“Nak makan sedap tapi tak nak bayar. Kali ini harga makanan dibungkus cecah RM70.
“Akhirnya tinggal makanan atas meja kata nak pergi ambil duit dalam kereta, hilang macam tu,” tambahnya.
Rata-rata netizen turut berang dengan sikap wanita yang seharusnya sedar diri tak mampu nak bayar makanan mahal dan membeli berdasarkan kewangan sedia ada.
“Berani makan tak bayar eh, benda masuk perut tu. Ni sampai harga rm70.
“Tak paham aku yang komen anggap sedekah. Nak sedekah banyak cara lain bukan pada pencuri macam ni. Kalau sebungkus bolehlah tapi ni sampai RM70.
“Beraninya dia. Tak rasa berdosa ke buat macam tu. Jangan esok hantaran mahal ya dik, tak setimpal dengan perangai,” antara komen netizen.