Nak masuk tandas di Malaysia pun kena bayar RM2, reaksi terkejut pelancong Korea buat ramai terhibur

Oleh WAN SITI AMINAH

Satu rakaman memaparkan reaksi pelancong Korea sebelum memasuki tandas di Malaysia telah berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Mana tidaknya, para pelancong berkenaan menunjukkan raut wajah yang begitu terkejut saat mengetahui mereka perlu membuat bayaran untuk menggunakan tandas.

Tidak murah, tandas yang terletak di dalam sebuah pusat beli belah terkenal di Kuala Lumpur itu mengenakan cas bayaran sebanyak RM2 untuk setiap seorang.

Menyita perhatian ramai, video tersebut dikongsi menerusi satu hantaran di akaun TikTok milik selebriti media sosial Korea yang bertapak di Malaysia, @man_zang.

Difahamkan, selebriti berkenaan sedang membawa tiga orang pelancong dari Korea untuk mengunjungi pelbagai destinasi menarik di Malaysia terutamanya di ibu kota.

“Mengapa anda perlu membayar wang untuk masuk ke dalam tandas? Kalau macam itu baik saya tidur dalam tandas,” seloroh salah seorang pelancong.

“Kita guna tisu dalam itu banyak-banyak,” kata pelancong lain yang mahu memastikan wang RM2 yang dibelanjakan untuk menggunakan tandas itu berbaloi.

@man_zang

RM2 toilet Kalau Korang guna tandas ini juga 🧐#koreaninmalaysia

♬ Love Lee – AKMU (악뮤)

Tular di media sosial, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna TikTok terhibur dengan reaksi yang ditonjolkan oleh pelancongan berkenaan.

Ada juga individu yang berseloroh dengan mencadangkan pelancong itu untuk berkunjung ke tandas dalam pusat beli belah di Sarawak yang mengenakan cas lebih mahal.

“Perkataan ‘eeeehhhhhh…’ itu tiba-tiba membuatkan aku keliru. Ingatkan pelancong dari Japan tadi, hahaha,” komen seorang penonton yang terhibur.

“Datanglah Sarawak. Ada satu pusat beli belah yang mengenakan bayaran RM4 untuk tandas premium,” kongsi penonton lain.

Bukan tandas awam, tandas yang dikunjungi oleh pelancong Korea tersebut adalah ‘tandas eksklusif’ berbayar yang terletak di dalam pusat beli belah Suria KLCC.

Baca juga: Aksi Tengku Muhammad ‘main sembunyi’ curi perhatian rakyat Sabah – “Comel bah!”