Malaysia Dateline

Nak menangis ulang penerangan, cikgu ini cabar penggubal soalan ajar sekelas 40 murid

Satu page aktiviti yang mengandungi 8 soalan sahaja.

Nampak senang, tapi percayalah, susah yakmat nak bagi sekelas murid faham page ni. Nak menangis rasa asyik dok ulang-ulang penerangan yang sama tapi murid tak faham-faham.

Soalan 1 tu tahan lagi, masuk soalan 2 terus budak-budak keliru. Kita pun pening nak fahamkan minda budak.

Berdarah otak nak bagi murid faham. 10% hingga 20% sahaja murid mampu faham soalan 2 tu. Selebihnya terlopong dengar penjelasan dan penerangan, tapi tak faham apa pun.

Cikgu Matematik Tahun 1 seluruh Tanah Malaya ni mesti faham situasi yang saya alami apabila masuk page ni. Sebab korang pun hadapi masalah yang sama, ‘kan?

Siapa la yang cipta soalan yang berbeza terus aras dalam satu page begini? Soalan latih tubi sepatutnya ada unsur ansur maju.

Dari mudah ke sederhana, sederhana ke sukar, sukar ke Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Ni macam lepas tadika terus suruh sambung PhD. Hmmm.

Saya berpengalaman mengajar Tahun 1 ni lebih 13 tahun. Pun saya masih bermasalah nak bagi murid faham soalan ni melainkan murid tu betul-betul pintar.

Jadi, saya faham kalau guru-guru lain tidak boleh bagi murid faham juga soalan ni. Lagi la saya faham, kenapa mak ayah tak boleh fahamkan anak-anak.

Yang saya nak tahu, siapa penggubal soalan ni? Saya nak suruh dia ajar sekelas murid 40 orang depan saya bagaimana nak fahamkan murid-murid dalam masa sejam sambil handle kerenah 40 orang murid-murid.

Hah, ke mari kau yang gubal soalan ni. Tunjuk cara mengajar secara real dengan murid-murid, bukan rakaman video seorang diri kat konti. Ke mariiiiii kamuuuuuu!

Baca juga Terlalu ramai gagal kuasai 3M, cikgu ini dedah realiti ‘wabak’ buta huruf murid Tahap 1

Baca juga Waspada semua !!! Penyelidik dedah Asia akan hadapi inflasi makanan, harga akan melambung naik!