Nak mohon rayuan lepas gagal UPU? Ini 4 perkara yang perlu pelajar pertimbangkan

Oleh KIM SYAZIE

Tepat pada hari Jumaat, 7 Julai lalu, keputusan permohonan untuk melanjutkan pelajaran menerusi Unit Pusat Universiti (UPU) telah diumumkan.

Melihat rakan meloncat kegembiraan, calon yang gagal mendapatkan tawaran ke pusat pengajian pilihan tidak perlulah merasa rendah diri atau kecewa.

Hal ini kerana, pelajar dibenarkan untuk mengemukan permohonan rayuan UPU dalam tempoh 10 hari bermula dari 7 Julai.

Rayuan ini khusus buat pelajar yang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam (UA) atau Politeknik sahaja.

Tidak perlu terburu-buru, ini 4 perkara penting yang pelajar perlu pertimbangkan sebelum mengemukakan rayuan.

1. Memilih kursus mengikut kelayakan

Dalam proses rayuan UPU, pelajar hanya dibenarkan untuk memilih empat (4) kursus pilihan mengikut senarai yang telah disediakan.

Bagi memastikan rayuan tidak gagal, pemohon perlu mempertimbangkan kelayakan keputusan peperiksaan dengan kursus yang dipohon.

2. Kursus berunsurkan kemahiran

Walaupun tidak ramai pelajar yang berminat, kursus yang berunsurkan kemahiran sebenarnya lebih menjanjikan peluang yang cerah.

Selain kurangnya persaingan, kursus ini juga memudahkan dan menjamin tawaran pekerjaan sejurus selepas pelajar tamat pengajian.

3. Lokasi pusat pengajian

Tidak semua institusi pendidikan tinggi sama ada di UA atau Politeknik menawarkan kursus pengajian yang dipilih pemohon UPU.

Oleh yang demikian, pelajar digalakkan membuat kajian terlebih dahulu terutama bagi mereka yang tidak mahu belajar terlalu jauh dari rumah.

4. Yuran dan tempoh pengajian

Amat penting untuk dipertimbangkan, yuran pengajian bergantung kepada kursus dan pusat pengajian yang dipilih pemohon.

Tidak semua pemohon mampu membayar yuran pengajian yang telah ditentukan oleh UA atau Politeknik.

Oleh yang demikian, pelajar perlu membuat kajian atau carian di atas talian terlebih dahulu sebelum memilih kursus dalam permohonan rayuan.

Rayuan yang boleh dibuat di atas talian menerusi https://upu.mohe.gov.my ini bakal ditutup pada hari Ahad, 16 Julai 2023, tepat pukul 5 petang.

Rayuan ke Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pula boleh terus dipohon ke institusi tersebut tanpa melalui UPUOnline.

Pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Baca juga: Turun kapal terbang terus tayang 180g Emas Mekah, jemaah haji ini diburu Kastam