Nak pecah rekod ada anak paling banyak, lelaki Jepun bahagia hidup ditanggung 4 isteri, 2 teman wanita

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang sudah ada banyak lelaki yang lebih selesa duduk di rumah menjaga anak dan membiarkan isteri mencari pendapatan.

Malah mereka juga bangga untuk mengakui mereka adalah suri rumah tangga hingga sanggup berkahwin lebih agar kehidupan lebih stabil.

Seorang lelaki di Jepun raih perhatian ramai apabila mengakui dirinya mempunya empat isteri dan dua teman wanita dalam satu masa.

Menurut portal berita South China Morning Post (SCMP) Ryuta Watanabe, berhasrat untuk memiliki seramai 54 orang anak.

Enam tahun lalu, Watanabe yang tertekan hidup hanya dengan kebajikan, telah dibuang oleh teman wanitanya.

Katanya, perkara inilah yang mendorongnya mula bercinta dengan pelbagai wanita melalui aplikasi dating.

Lelaki berusia 36 tahun itu mengakui dirinya sudah tidak bekerja selama 10 tahun dan hidup di bawah tanggungan isteri-isteri dan dua kekasihnya.

‘Saya mengambil peranan seperti memasak, membuat kerja rumah dan menjaga anak-anak.

“Perbelanjaan isi rumah yang mencecah 914,000 yen (RM26,300) sebulan dibahagikan antara semua isteri dan teman wanita saya,” kata Watanabe.

Watanabe menjelaskan bahawa setiap isterinya mempunyai bilik sendiri, dan dia bergilir tidur dengan isteri yang berbeza setiap malam.

Dia mendakwa melakukan hubungan seks lebih 28 kali seminggu, dan berkata isterinya tidak pernah cemburu, sebaliknya bergaul mesra seperti kawan antara satu sama lain.

Watanabe berhasrat untuk memecahkan rekod bagi bapa dengan yang paling ramai dilahirkan di negara itu.

Baca juga: Peniaga boleh didenda hingga RM50,000! Jangan lupa papar 4 perkara ini dalam resit