Nak pergi umrah ke melancong? Lelaki geram influencer sibuk selfie depan Kaabah

Oleh KIM SYAZIE

Hantaran seorang lelaki yang mempersoalkan budaya alaf baru iaitu umrah sambil melancong tular di media sosial semalam.

Walaupun membawa maksud ‘ziarah’, namun umrah merupakan ibadah suci bagi umat Islam yang tidak patut dipandang enteng.

Mereka yang menziarahi Baitullah al-Haram perlulah mengerjakan ibadat seikhlas hati bagi mendapatkan pahala yang diidam-idamkan umat Islam.

Namun pengguna media sosial bernama @ibjela tidak berpuas hati apabila sesetengah manusia tidak serius dalam menunaikan ibadah umrah.

Katanya, orang ramai khususnya personaliti media sosial tidak seharusnya menjadikan Makkah sebagai satu destinasi perlancongan.

Alih-alih mengerjakan ibadat, ada di antara mereka yang ‘berposing’ sakan depan Kaabah, membeli belah dan mempromosikan produk jualan.

Amalan serampang dua mata ini sangatlah tidak dianjurkan dalam agama dan umat Islam perlu mempunyai kesedaran tentangnya.

“Adakah hanya saya atau Makkah memang dah jadi macam destinasi pelancongan sekarang?

Influencer pun ramai dah pergi buat umrah sambil bergambar posing sakan depan Kaabah, bawa produk, selfie, ootd (gaya pakaian untuk hari ini) serba serbi, shopping, food hunting (cari makanan) dan lain-lain.

“Dah jadi macam destinasi duniawi semata-mata,” luahnya.

Umrah atau ‘haji kecil’ perlulah diperlakukan seperti persediaan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji. Janganlah kita merugikannya.

Baca juga: Pakai BMW Nampak Lebih Kaya, Pemandu Myvi Trauma Pergi Reunion