Pelakon, Azhar Sulaiman berang dengan tindakan seorang lelaki yang meninggalkan komen berbaur lucah di laman TikTok anaknya, Leona.
Menyifatkan perlakuan tersebut keterlaluan, Azhar turut memuat naik tangkap layar komen tersebut di laman Facebook miliknya.
Difahamkan, pelakon yang berusia 51 tahun itu ingin mengadakan pertemuan empat mata dengan pemilik akaun tersebut.
Merupakan seorang lelaki beragama Islam, individu itu meluahkan hasrat mahu ‘meminjam’ anak gadis Azhar untuk satu malam.
“Papa, pinjam Leona semalam,” tulis lelaki berkenaan.
Meletakkan gambar profil bersama seorang wanita, lelaki yang tidak bertanggung jawab itu dipercayai telah mendirikan rumah tangga.
“Nak gaduh dengan saya ke ‘bro‘? Meh (mari) jumpa,” marah Azhar yang turut mendedahkan wajah pemilik akaun tidak senonoh itu.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial bersetuju bahawa perbuatan lelaki itu sangat biadap.
Mereka juga kesal dengan sikap lelaki itu yang langsung tidak menghormati isteri atau anak saat meninggalkan komen tersebut.
“Bila selalu sangat menormalisasikan perkataan berbaur lucah begini. Inilah jadinya. Kesian isteri dia,” kongsi seorang pengguna.
“Sangat kurang ajar. Cuba lelaki lain tanya soalan sama pada anak dia. Macam mana dia rasa? Sangat biadap.” Komen pengguna lain.
Sejurus tular di media sosial, lelaki berkenaan kemudian tampil memohon maaf dan bersedia untuk berjumpa jika diminta.
Hanya mahu memberi pengajaran, Azhar telah memadam postingan tangkap layar itu dan tidak akan mengambil sebarang tindakan.
Baca juga: Pekerja terpaksa tanggung bil RM723 lepas pelanggan lari tak bayar makan