Nak sayur tahan lama dalam peti ais, wanita kongsi tip paling senang cuma bekas makanan dan tisu

Oleh KIM SYAZIE

Jangka hayat sayur di dalam peti ais jika tidak dijaga dengan betul pastinya pendek, malah belum sempat digunakan sudah layu.

Jika anda mahukan sayur untuk tahan lama, ikuti perkongsian oleh Khairiyah Hamzah tentang cara penyimpanan yang betul.

Ada yang kene balut dengan tisu lembap. Ada yang kene letak air. Ada yang kene letak tisu untuk serap wap air.

Macam cili, berbulan pun masih tahan. Sayur daun bawang dalam gambar ni, usianya dah lebih seminggu. Tapi masih segar kan.


Cara simpan kobis, brokoli dan yg seangkatan dengannya, nak tahan lama, kene alas dengan tisu basah pada ‘akar’ dia.

Kemudian, baru balut dengan plastik wrap. Insyaallah sebulan lebih pun masih elok.


Di bawah adalah gambar penyimpanan sayur lain.

Cara penyimpanan tomato.
Cara menyimpan bawang.

Paling penting, semua sayur ini jangan biar terdedah atau sumbat terus plastik masa beli kat pasar tu dalam peti ais, kalau tak dalam masa tiga hari sahaja dah layu.

Bagi mereka yang mempunyai peti ais kecil, boleh guna plastik putih atau balut dengan surat kahbar sebelum simpannnya.

Baca juga: Kafe hospital melampau, jual telur masin dengan harga RM6 sebiji!